SinarHairan

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) - 8 July 2016

loading...
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:

1. JURUTERA (AWAM) GRED J41

2. JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41


Cara Memohon:

(i) Semua permohonan hendaklah dikemukakan SECARA TALIAN (ON-LINE) melalui laman web di alamat : http://ift.tt/1qF1m3Q atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Laman web lain yang boleh dilayari ialah http://ift.tt/VD643e

(ii) Pemohon yang telah berdaftar dengan sistem e-Recruitment tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah. Pemohon hanya perlu mengemaskini jawatan yang dikehendaki secara terus atas talian (on line).

Catatan Keterangan Am:

1. Semua pemohon dikehendaki untuk mengemukakan sekeping gambar  berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah diakui sah sebelum tarikh tutup iklan ke:

PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK
TINGKAT 9 & 10, IBU PEJABAT JPS
WISMA SABERKAS
JALAN TUN ABANG HAJI OPENG
93626 KUCHING
SARAWAK
(u.p: Cawangan Sumber Manusia dan Pentadbiran)

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan- Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

      (a) tidak lengkap

      (b) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam  iklan

      (c) diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


6. Tarikh tutup iklan adalah pada 08 Julai 2016.







Latar Belakang Jabatan

Sebelum 15 Mac 1989, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dikenali sebagai Jabatan Parit dan Taliair (JPT). Di peringkat kebangsaan, JPT telah ditubuhkan pada 1 Januari 1932 untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengairan dan saliran yang sebelum itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala di peringkat negeri Sarawak, tugas berkenaan masih dijalankan oleh JKR.

Pada 1 Januari 1967, Cawangan Pengairan dan Saliran, JKR Sarawak dipisahkan daripada JKR dan menjadi sebuah jabatan kerajaan yang baru. Jabatan ini dikenali sebagai JPT. Tugas utamanya pada masa itu adalah terhad kepada penyediaan kemudahan pengairan dan saliran pertanian. Diperingkat Kerajaan Negeri, JPS adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Sarawak (KKLB)  manakala di peringkat Persekutuan, JPS adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Operasi JPS merangkumi perlaksanaan projek-projekk pembangunan sumber air, khususnya dalam bidang pengairan, saliran, kejuruteraan sungai, penialian sumber air, perancangan dan rekabentuk kejuruteraan, pembinaan dan juga pengendalian serta penyelenggaraan projek-projek berkaitan dengan penggunaan air. Mulai dari tahun 1972, JPS juga terlibat di dalam bidang hidrologi dan tebatan banjir, manakala fungsi kejuruteraan pantai pula menjadi tanggungjawab JPS bermula dari tahun 1986.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) - 8 July 2016"

Catat Ulasan