SinarHairan

Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.

loading...

JOHOR BAHRU: Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, mengumumkan berita gembira itu dalam satu kenyataan, di sini pagi ini.
“Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.
“Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.
loading...
loading...

0 Response to "Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini."

Catat Ulasan