SinarHairan

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 11 July 2016

loading...
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi jawatan-jawatan seperti berikut:



Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Tarikh tutup permohonan : 11 Julai 2016






Pengenalan PPUKM

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri dan UKM pula mempunyai Pengarahnya tersendiri.

Walaubagaimanapun, pada 20 Februari 2008, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.

loading...
loading...

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 11 July 2016"

Catat Ulasan