SinarHairan

Perkhidmatan Bas Percuma? Buatlah Di Selangor & Penang Dulu - Adenan

loading...

KUCHING - Kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya memberikan contoh perkhidmatan percuma seperi yang dicanangkan oleh pembangkang di Pilihan Raya Negeri Sarawak, kata Adenan. 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata demikian mengulas manifesto DAP yang antaranya mahu memberikan perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Sarawak terutamanya di bandar-bandar utama setiap zon yang ada di negeri itu. 

"Saya mahu melihat Selangor dan Pulau Pinang (Kerajaan Negeri) melaksanakan perkara ini dulu memandangkan mereka telah berkuasa untuk beberapa tahun di dua negeri berkenaan, tetapi tidak pernah bercakap tentang perkhidmatan bas percuma ini," katanya ketika sidang media di Dewan Undangan Negeri, semalam. 

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, projek perkhidmatan bas percuma itu akan menelan belanja RM500 juta pada tahun pertama.

Selain itu, mereka juga menjanjikan tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang, serta menjadikan perkhidmatan itu lebih selesa dan efisyen. 

Bagaimanapun Adenan berkata, manifesto yang disenaraikan oleh DAP itu dibuat untuk mengelirukan rakyat Sarawak. Tindakan DAP juga cuba menaburkan janji yang tidak akan pernah tercapai, dibuat semata-mata mahukan undi dari rakyat Sarawak sahaja. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

0 Response to "Perkhidmatan Bas Percuma? Buatlah Di Selangor & Penang Dulu - Adenan"

Catat Ulasan