SinarHairan

'Jangan Pandai Tabur Janji, Bina Jambatan Untuk Kami'

loading...

KANOWIT - Serik ditabur janji palsu, penduduk Kanowit berharap, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan menunaikan janji membina jambatan bagi menghubungkan Kanowit dan Kapit demi kemudahan mereka. 

Penduduknya mendakwa, hampir setiap kali pilihan raya diadakan, mereka ditaburkan dengan janji berkenaan. Namun tiada sebarang petanda projek itu akan dipercepatkan. Buat masa ini, penduduk terpaksa bergantung pada jalan sungai menggunakan bot panjang yang mengambil masa tiga jam perjalanan.

"Sudah dua kali upacara pecah tanah tetapi masih belum ada kerja-kerja bermulanya pembinaan jambatan yang dijanjikan sehinggalah baru-baru ini. Seboleh-bolehnya projek ini dipercepatkan dan janganlah untuk gimik politik sahaja. Teruskan projek ini walaupun selepas pilihan raya. Jangan hangat-hangat tahi ayam" kata Deveson Thomas, 43.

Benjamin Angki pula berharap, pembinaan jambatan itu akan memberikan manfaat kepada penduduk Kanowit dan mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan. 

"Jambatan yang menghubungkan Kapit dan Kanowit ini dijangka siap pertengahan Jun 2017. Melihat pada kadar pembinaan jalan itu dibina, saya yakin ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Bila siap kelak, lebih ramai penduduk akan datang ke kawasan ini, sekali gus merancangkan ekonomi kawasan ini," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

0 Response to "'Jangan Pandai Tabur Janji, Bina Jambatan Untuk Kami'"

Catat Ulasan