SinarHairan

Adenan Lancar Manifesto BN Negeri Bagi PRN Sarawak

loading...

KUCHING - Barisan Nasional Sarawak telah melancarkan manifestonya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, bertemakan 'Beri Peluang Kepada Team Adenan'. 

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Adenan Satem di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). 

Manifesto BN kali ini menggariskan 15 perkara iaitu: 

  1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya
  2. Mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri kita
  3. Memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum di Sarawak
  4. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka
  5. Melindungi dan memulihara alam semulajadi
  6. Mempertingkatkan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik
  7. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
  8. Mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi
  9. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan
  10. Meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sosio-ekonomi
  11. Mengiktiraf dan membangunkan potensi belia demi masa depan kita
  12. Memajukan pendidikan dan latihan teknikal
  13. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak
  14. Membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelaburan dan keusahawanan
  15. Industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan transformasi luar bandar.
loading...
loading...

0 Response to "Adenan Lancar Manifesto BN Negeri Bagi PRN Sarawak"

Catat Ulasan