SinarHairan

Koyak Poster Calon, Polis 12 Laporan

loading...

KUCHING - Sebanyak 12 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya diterima polis dalam tempoh tiga hari berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, ACP Mohd Haris Daud berkata antara laporan paling banyak diterima ialah berkaitan kes mengoyak poster parti lawan.
Setakat pagi semalam, polis juga meluluskan 97 permohonan permit untuk mengadakan ceramah politik sepanjang tempoh berkempen sehingga tengah malam 6 Mei, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching semalam.

Beliau berkata ia melibatkan permit kepada 35 calon BN, 20 calon DAP, 35 calon Bebas dan tujuh daripada PAS. - Bernama
loading...
loading...

0 Response to "Koyak Poster Calon, Polis 12 Laporan"

Catat Ulasan