loading...
Da’i Farhan akhirnya ceraikan pula Dr Erin
Menurutnya, penceraian ini dibuat atas keputusan bersama.
“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on”
“Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan,” ujarnya.
Dr Erin menambah yang beliau izinkan suaminya untuk kembali dengan bekas isterinya kerana Da’i Farhan meluahkan rasa tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.
“Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa dari ustaz cuma menunggu masa untuk diceraikan sahaja. Dari bulan Februari ada sahaja masalah yang datang namun saya nekad untuk akhiri semua ini pada bulan Ramadhan tapi saya tahu mengandung pula”
“Tapi, saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya,” tambahnya lagi. (rtky/m)
sumber
loading...
loading...
0 Response to "#TIADA JODOH ~ Dr Erin Sahkan Bercerai Dengan Dai' Farhan"
Catat Ulasan