loading...
Selebriti meniaga sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan ini.
Ini termasuklah golongan selebriti yang tidak terlepas peluang dengan menjalankan perniagaan dari rumah khususnya bisnes makanan dan mempromosikan produk mereka melalui laman sosial masing-masing.
Rata-ratanya tak menang tangan melayan pelanggan dan kebanyakan tempahan yang diterima adalah daripada peminat yang teruja untuk merasa masakan artis kesayangan mereka.
Kali ini mStar senaraikan lapan selebriti popular yang menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini.
1. Fendy Bakry
Pelakon yang popular menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry menjalankan perniagaan kuetiau goreng, sejak awal tahun ini.
Fendy tumpu perniagaan makanan sepanjang tempoh PKP.
Fokus dengan perniagaan kedai makan miliknya Bhenang Kitchen di Kampung Baru merupakan salah satu idea untuk menambah sumber pendapatan tambahan pula ketika industri berdepan cabaran akibat penularan wabak Covid-19.
2. Zara Zya
Pelakon cantik ini menjalankan perniagaan Zara Zya Cooks yang menyediakan pelbagai menu hidangan yang boleh dibeli oleh pelanggan secara atas talian.
Zara sediakan menu istimewa untuk pelanggan.
3. Siti Elizad
Pelakon dan pengacara, Siti Elizad Sharifuddin sudah menjalankan perniagaan roti john, NZ Roti John sejak beberapa tahun lalu.
Siti Elizad perkenalkan roti john istimewa.
Sehingga kini dia telah memiliki beberapa cawangan di Selangor, Putrajaya dan Perak.
4. Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha Senrose kini sibuk di dapur menyiapkan biskut raya yang ditempah peminat dan pengikut laman sosial.
Uqasha menyiapkan biskut raya yang ditempah pelanggan dari rumah.
5. Hazama
Penyanyi Hazama bersama isterinya Genervie Kam menjalankan perniagaan asam laksa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan ini.
Hazama sanggup hantar tempahan ke rumah pelanggan.
6. Shima Anuar
Pelakon Shima Anuar mula menjual laksam sejak seminggu lalu selepas air tangannya itu dipuji jiran.
Tempahannya terus meningkat sepanjang Ramadan ini apabila dia perlu menyediakan lebih 80 pek sehari.
Shima terpaksa bersabar melayan karenah pelanggan.
7. Jasmin Hamid
Pelakon Jasmin Hamid menjalankan perniagaan makanan berupa roti jala kerawang dan kari ayam Mumbai sejak awal tahun lalu.
Menerusi Instagram, Jasmin banyak berkongsi mengenai perniagaannya itu dan memaklumkan tempahan lebih banyak diterima sepanjang tempoh PKP.
Jasmin turut menerima tempahan daripada rakan artis.
"Syukur alhamdulillah kerana Allah pelihara kesihatan saya dan dengan izin-Nya, saya dapat masakkan untuk kesayangan saya semua. Saat yang paling bahagia bila kita dapat tunaikan hajat orang lain dan buat orang lain tersenyum bila menjamah kasih sayang kita.
"Saya masakkan dengan penuh kasih sayang dan semoga mendapat keberkahan dari Allah," katanya.8. Amir Raja Lawak
Laris sepanjang Ramadan! Air jagung Amirreka yang dijual oleh Amir Raja Lawak mendapat sambutan hebat pelanggan.
Amir tak menang tangan uruskan tempahan pelanggan.
Perniagaan ini sudah diusahakan sejak dua tahun lalu dan tempahan meningkat setiap kali bulan Ramadan.
Lebih istimewa, Amir bukan sahaja menyediakan air minuman istimewa itu, malah dia turut membuat penghantaran kepada pelanggan.
sumber
loading...
loading...
0 Response to "#REZEKI ~ Jualan laris sepanjang bulan Ramadan... 8 selebriti popular ini 'tak menang tangan' layan tempahan pelanggan!"
Catat Ulasan