loading...
Pelakon Lia Natalia meluahkan rasa terkilan apabila ada terpaksa dikuarantin di pusat kuarantin di Tawau, Sabah, sedangkan ada sebahagiannya dibenarkan terus pulang ke rumah masing-masing.
Kata Lia, dia turut diminta untuk membayar sebanyak RM150 setiap hari di hotel tempatnya dikuarantin itu."Sekarang sudah masuk hari keenam kuarantin di hotel dan saya sudah keluarkan RM900 untuk membayar harga bilik.
"Selagi tidak mendapat keputusan ujian swab COVID-19, selagi itulah kami di sini tidak dibenarkan keluar.
"Yang menjadi masalahnya, sudah hampir seminggu sampel swab diambil ketika transit di Kota Kinabalu tetapi sampai sekarang belum ada keputusannya.
"Lebih mengecewakan apabila ada beberapa individu tidak dikuarantin seperti kami tapi dibenarkan pulang ke rumah mereka. Saya tak puas hati kenapa perlu ada layanan 'double standard'?" katanya kepada Gempak.
Katanya dia diberikan pilihan untuk memilih pusat kuarantin di Tawau sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di hotel terbabit.
"Saya risau setiap bilik ditempatkan bersama dua atau tiga orang, andai kata salah seorang daripadanya positif COVID-19, tidakkah ia akan mudah merebak kepada orang lain.
"Tak pasal-pasal jadi bom masa!
"Selain itu, penginap di pusat kuarantin itu perlu berkongsi tandas antara lelaki dan perempuan.
"Jadi, sebab itulah saya pilih kuarantin diri di hotel yang memang dekat dengan rumah keluarga saya," tambahnya.
Terdahulu, Lia berkongsi ketidakpuasan hatinya itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories pada Khamis.
Perkongsian itu sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai individu yang masih dikuarantin untuk bersuara tentang Standard Operation Procedure (SOP) di setiap kawasan.
loading...
loading...
0 Response to ""Kenapa Ada Tak Perlu Kuarantin & Terus Balik Rumah Tapi Saya ..." - Lia Natalia Terkilan Layanan Double Standard Di Pusat Kuarantin Tawau"
Catat Ulasan