loading...
2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import
COVID-19: 2 kes baharu dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import
Kes positif COVID-19 terbaharu bagi daerah Ranau semalam dikategorikan sebagai kes import kerana telah dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.
Kes tersebut melibatkan seorang pelajar yang telah menaiki pesawat sewa khas dari Sarawak.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, pelajar itu telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Ranau.
Manakala, kes terbaru daerah Lahad Datu dikesan melalui aktiviti pencarian kontak kes positif.
Kes itu telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
Katanya, siasatan ke atas kedua-dua kes berkenaan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan.
Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes COVID-19 untuk Negeri Sabah adalah sebanyak 343 kes, dengan penambahan satu kes COVID-19 baru dari daerah Lahad Datu dan satu kes di Ranau.
Setakat 23 Mei 75,679 ujian telah dijalankan di Sabah.
Sementara itu, 33 pesakit masih menerima rawatan termasuk empat pesakit yang dirawat semula sedang dirawat di enam buah hospital berpakar.
loading...
loading...
Related Posts :
Indah Ruhaila putus tunang, puncanya?Pada: Selasa, 20 Jun 2017
Akademi Fantasia, Berita Artis, Gossip Artis, Indah Ruhaila, Penyanyi, Putus Tunang,
Indah Ruhaila mengakui dia s… Read More...
"Hanya Ibu Mithali Yang Faham.." - Ini Luahan Fasha Sandha Apabila Anak Luka Ketika Dijaga Jejai"Hanya Ibu Mithali Yang Faham.." - Ini Komen Fasha Sandha Anak Luka Ketika Dalam Jagaan Jejai
Semalam menerusi laman Instagram, pelakon po… Read More...

Ini Sebab Kenapa Saiful Nang Kata “Mood Rebuplik Festivel No 1 Paling Biadap Di Malaysia”. Patut Marah Sangat, Rupanya2..
Tulisan asal dari Saiful Nang
MOOD REPUBLIK FESTIVAL NO.1 PALING BIADAB DI MALAYSIA!
Tahun ini sekali lagi penganjur festival yang me… Read More...
0 Response to "2 kes baharu COVID-19 dari daerah Ranau diklasifikasi sebagai kes import dari Sarawak"
Catat Ulasan