loading...
SABYAN Gambus dianggotai oleh Tubagus (dari kiri), Kamal, Anisa, Nissa, Fairuz, dan Safwan.
Bergerak dalam lapangan muzik di Indonesia yang cukup besar persaingannya, kumpulan yang mula ditubuhkan pada 2015 itu tidak menduga dalam tempoh tiga tahun aktif, mereka berjaya melebarkan sayap ke Malaysia, sekali gus mengadakan konsert berskala mega diberi nama Sabyan Gambus Live In Malaysia.
Bakal berlangsung pada 12 Januari 2019, acara yang dianjurkan oleh MHH Laguna Sdn. Bhd. itu akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.
“Sejujurnya saya berasa bersyukur dan gembira apabila muzik taruhan kami bukan sahaja diterima oleh peminat Indonesia, bahkan masyarakat Malaysia juga banyak memberi sokongan.
“Persembahan ini bukan sahaja memberi peluang buat kami memperluaskan pengaruh tetapi turut menjadi salah satu medium penghubung antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia,” kata Fairuz teruja,
Selain konsert, karnival Geng Sabyan akan berlangsung di pekarangan stadium bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam.
Acara berkenaan diadakan selama tiga hari bermula 11 Januari hingga 13 Januari 2019.
Dalam pada itu, Sabyan Gambus turut menafikan kumpulan mereka mudah diterima peminat kerana tertarik dengan personaliti dan penampilan vokalis, Khoirunnisa Alias Nissa atau mesra disapa sebagai Nissa.
“Sekiranya mengatakan kelebihan vokalis muda yang cantik serta mempunyai pesona, pada saya penyanyi dan kumpulan lain di Indonesia turut memiliki kelebihan sama. Secara peribadi, saya tidak mengetahui bagaimana kami mudah diterima peminat kerana segala yang dilakukan demi dakwah Islam,” jelas Fairuz.
Menganggap segalanya kurniaan rezeki Tuhan, perkara utama yang sentiasa menjadi pegangan Sabyan Gambus adalah untuk menyampaikan dakwah menerusi penghasilan lagu berunsur nasihat serta kerohanian.
Hasil respons dan kelebihan milik vokalis berusia 19 tahun itu, Sabyan Gambus menyasarkan kelompok belia selain menarik minat khalayak terhadap genre muzik ketuhanan selain irama popular seperti R&B dan pop.
Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 itu mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran yang dinyanyikan semula berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran YouTube.
Lagu-lagu popular nyanyian Sabyan Ganbus termasuklah Ya Habibal Qalbi dan Ya Jamalu.
credit
loading...
loading...
0 Response to "#POPULAR ~ Konsert debut Sabyan Gambus di Malaysia"
Catat Ulasan