SinarHairan

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil

loading...
Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Kami difahamkan seorang anggota bomba telah patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.

Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun kini masih lemah dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Rusuhan kuil: Bomba pun kena belasah

SEORANG anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira 1 pagi, hari ini.

Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Katanya, mangsa datang ke lokasi bersama beberapa lagi anggota BBP Subang Jaya bagi memadam kebakaran sebuah kenderaan yang dibakar perusuh di luar kuil.

“Dalam kejadian 1 pagi tadi, jentera FRT milik BBP Subang Jaya turut mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan.

“Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah di cucuk objek tajam selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera yang kemek dipercayai dipukul objek keras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Jurucakap itu lagi, susulan serangan itu, anggota tidak dapat memadamkan kenderaan yang dibakar dan anggota bomba di lokasi kejadian diselamatkan beberapa orang awam.

“Anggota berkenaan kini berada di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) bagi mendapatkan rawatan akibat kecederaan dialami.

“Manakala jentera bomba yang dirosakkan sudah dibawa ke Balai Polis USJ8 bagi membolehkan siasatan di lakukan oleh polis,” katanya.

Sementara itu, keadaan di sekitar kuil itu dilaporkan tenang apabila kumpulan perusuh dianggarkan berjumlah kira-kira 1,000 orang bertindak bersurai dari lokasi sekitar 4.45 pagi tadi.

Malah, sehingga 8 pagi tadi, hanya terdapat beberapa individu berada di dalam kuil berkenaan dipercayai bagi menjalankan aktiviti keagamaan.


Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil

Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Semasa Rusuhan Kuil


[1] https://www.facebook.com/adinda.qilla86/posts/559086987864427
loading...
loading...

0 Response to "Pegawai Bomba Cedera Parah, Patah 4 Tulang Rusuk Dipukul Ketika Rusuhan Kuil"

Catat Ulasan