SinarHairan

#AJL33 ~ Lagu bagus tapi gagal ke final, ini penjelasan juri

loading...
Lagu Layarlah Kembali dan Rintihan Rindu gagal ke AJL33. 

PENGARAH Muzik Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan nyanyian Dayang Nurfaizah berjudul Layarlah Kembali tidak terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) adalah disebabkan kurang nilai kormersil.

Mokhzani selaku ketua juri Semi Final Muzik-Muzik 33, berkata, lagu ciptaan Aubrey Suwito sebuah karya yang baik namun terlalu sukar untuk diterima pendengar di Malaysia.

“Selain vokal dan karya itu, impak kepada pertandingan juga diambil kira. Contohnya lagu Dayang Layarlah Kembali adalah ciptaan yang bagus, namun ia sukar untuk diterima pendengar atau kurang nilai kormersil.
 “Ia seperti lagu klasik yang mana tidak semua orang faham tapi ia karya yang bagus,” ujarnya. Beliau ditemui pada sidang media selepas pengumuman 12 lagu layak ke AJL 33 di Semi Fainal Muzik yang berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Penyanyi yang layak ke AJL33 menerusi 12 buah lagu dinilai terbaik. 

Barisan juri turut dibarisi oleh komposer Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer dan Cat Farish.

Sementara itu, Mokhzani berkata, vokal dan penyampaian lagu-lagu genre balada antara yang diberi perhatian.

Katanya, hanya penyanyi yang bagus sahaja dapat menjiwai dan menyampaikan mesej lagu itu kepada pendengar.

 “Lagu balada terlalu banyak sebab tu juri kena buat penilaian dan pilih yang terbaik. Jadi sesebuah lagu itu dinilai secara keseluruhan daripada pelbagai sudut iaitu ciptaan melodi dan kreativiti. 
"Lagu balada sangat sukar kerana kita dengar dari awal, klimak dan penutupnya. Melodi adalah kunci utama pada sesebuah lagu balada,” ujarnya. 

Selain itu, Mokhzani berkata, dia berpuas hati dengan 12 buah lagu yang dipilih oleh juri profesional dan berpengalaman dalam industri muzik tanah air.

Katanya, pihaknya cuba menilai dan memberi peluang secara adil kepada 30 buah lagu yang bertanding di SFMM33.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL33 yang bakal berlangsung pada Februari depan terdiri daripada Semakin (Siti Sarah), Bunga (Ara Johari), Kau Pun Sama (Syamel), Sampai Bila (Misha Omar), Haram (Hael & Dayang) dan Luluh (Khai Bahar).

Turut dipilih ialah Bunga (Altimet), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra), Tak Pernah Hilang (Amylia & Kaer), Hajat (Hael Husaini), Di Mata Mu (Sufian Suhaimi) dan Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor).

credit
loading...
loading...

0 Response to "#AJL33 ~ Lagu bagus tapi gagal ke final, ini penjelasan juri"

Catat Ulasan