loading...
BAGHDAD: Model Iraq dan bintang Instagram, Tara Fares, mati ditembak ketika memandu kereta Porsche di tengah Baghdad, kelmarin.
Berikutan itu, Kementerian Dalam Negeri membuka siasatan pembunuhan wanita keturunan Kurdistan berusia 22 tahun itu yang maut akibat ditembusi tiga peluru ketika memandu di daerah Camp Sarah, di sini.
Tara, model fesyen mempunyai 2.7 juta pengikut di Instagram yang memaparkan gambarnya bercacah, rambut pelbagai warna dan pakaian.
Dia dipercayai dibunuh pihak yang tidak sukakan gaya hidupnya.
Tara tinggal di Erbil, bandar utama penduduk keturunan Kurdistan Iraq dan amat jarang mengunjungi Baghdad.
Ahmad al-Basheer, pelukis grafiti Iraq yang tinggal dalam buangan di Jordan selepas menghadapi ancaman bunuh, mengutuk pembunuhan Tara. - Harian Metro
loading...
loading...
0 Response to "Tara Fares Maut Ditembak Ketika Memandu"
Catat Ulasan