SinarHairan

Dia suruh saya 'menyentuhnya' - Julia Farhana kongsikan pengarah terkenal gila sx

loading...
PETALING JAYA: Pelakon Julia Farhana pernah melalui pengalaman nyaris menjadi mangsa gangguan seksual oleh penerbit dan pengarah sebuah produksi terkenal.
Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 26, berkata dia masih ingat insiden tersebut berlaku ketika dia menghadiri uji bakat pada tiga tahun lalu.


“Saya hampir-hampir menjadi mangsa gangguan seksual oleh pengarah dan penerbit sebuah produksi terkenal. Kejadian itu berlaku ketika sesi uji bakat pada tiga tahun lalu.
“Saya masih ingat macam mana rasa maruah seorang wanita berada di tahap yang paling rendah. Saya diarahkan untuk melakonkan watak sebagai penggoda dan saya okey kalau berlakon berhadapan dinding.
“Tapi dia minta saya goda dia pula. Saya okey lagi dengan syarat perlu ada jurang antara kami. Namun, dia tetap bertegas suruh saya menyentuhnya.
“Saya keliru kerana dia hampir-hampir mengambil kesempatan. Saya terus hentikan sesi itu, terus berlari ke kereta dan menangis ,” kata Julia kepada mStar Online.
Julia ditemui ketika majlis pelancaran tiga drama bersiri Salon, The Bridge dan Jibril di Metal Bees Production House, di sini pada Rabu.
Selepas kejadian itu, pengurus produksi syarikat berkenaan ada menghubungi Julia untuk menawarkan tiga drama namun dia menolaknya kerana tidak selesa untuk bekerjasama dengan pihak tersebut.
Malah, katanya dia mengalami trauma dan lebih berhati-hati untuk menghadiri mana-mana uji bakat.
“Selepas kejadian itu, saya tak nak lagi jejak kaki di produksi itu. Tapi pengurus produksi itu ada menghubungi saya untuk menawarkan tiga buah drama dan saya terus menolak tawaran tersebut.
“Saya sudah tidak selesa untuk bekerja dengan produksi tersebut. Malah, selepas itu saya mengalami trauma.
“Setiap kali dapat tawaran untuk hadiri uji bakat, mesti saya akan tanya terlebih dahulu macam mana proses dan siapa yang akan ada ketika itu,” ujarnya.

BIODATA JULIA FARHANA
Julia Farhana binti Marin (lahir 5 Disember 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Julia Farhana berdarah kacukan Melayu dan Itali, dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Beliau merupakan lulusan dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Ibu bapanya bercerai ketika Julia berusia 15 tahun
Julia Farhana mula bergiat aktif dalam bidang lakonan seawal usia 12 tahun, namun tidak direstui ibunya yang mahu Julia meneruskan pelajaran sehingga menerima graduan.
Berkat kesabaran, beliau berjaya menamatkan pelajaran bagi memenuhi hajat ibunya. Julia pernah hadir ke sesi uji bakat filem Ratu The Movie arahan A. Razak Mohaideen pada tahun 2011 tanpa pengetahuan ibunya dan mendapat tawaran watak sebagai pelakon pembantu.
Beliau mula diperkenalkan kepada umum dalam bidang lakonan menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3. Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, beliau berlakon bersama Remy Ishak dalam drama Rumi dan Jawi
loading...
loading...

0 Response to "Dia suruh saya 'menyentuhnya' - Julia Farhana kongsikan pengarah terkenal gila sx"

Catat Ulasan