loading...
Sara Iftekhar,berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan ratu cantik di England.
Sara Iftekhar, seorang pelajar jurusan undang-undang adalah antara 50 peserta yang merebut takhta Ratu England dan berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan itu.
Iftekhar, 20, yang memenangi pertandingan Ratu Huddersfield untuk mewakili bandar di utara England itu, merupakan seorang jurusolek artis dan sering berkongsi gambar diri sendiri memakai pakaian tradisi Pakistan di media sosial.
Difahamkan, Iftekhar sudah memulakan perniagaan pakaian sejak berusia 15 tahun.
"Saya mungkin wanita pertama memakai hijab. Namun, saya hanya wanita biasa dan mempunyai peluang sama rata dalam pertandingan ini," katanya dipetik laman berita BBC.
Pertandingan akhir Ratu Dunia 2018 bakal dianjurkan di Sanya, China pada November dan Disember depan. -AFP
loading...
loading...
0 Response to "#TAHNIAH ~ Peserta pertama Ratu England pakai hijab"
Catat Ulasan