SinarHairan

#LIKU-LIKU KEHIDUPAN ~ Intan Liyana sukar padam memori lalu

loading...
Instagram Intan Liyana 

 INTAN Liana Saleh, bekas isteri pemuzik bebas, Ude Wahid, meminta agar netizen tidak mempersoalkan sama ada dia sudah ‘move on’ ataupun tidak dengan apa yang pernah dilalui dalam rumah tangganya sebelum ini.

 Malah kata Liyana, sekalipun dia telah melangkah ke fasa kehidupan baharu, mana mungkin dia dapat melupakan kenangan lalu.

  “Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju, bukan melupakan. Memori tak boleh nak delete,” tulis Intan sebagai kapsyen sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. 

 Status tersebut telah menarik perhatian ramai pengikutnya di mana masing-masing turut memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua orang anak ini.

 Terdahulu Intan dan Ude, bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Izreen Azminda terbongkar.

Pasangan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 tahun.

credit
loading...
loading...

0 Response to "#LIKU-LIKU KEHIDUPAN ~ Intan Liyana sukar padam memori lalu"

Catat Ulasan