SinarHairan

#DOA ~ Zaibo masuk hospital kerana hidap kanser esofagus

loading...
Zaibo yang sudah lebih dua tahun tidak berlakon sebenarnya enggan menghebohkan kisah sakitnya kepada masyarakat. Foto Harian Metro / Astro GEMPAK 

PELAKON veteran, Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62 tahun, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer). 

 Menurut laporan Harian Metro, Zaibo hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol sebelum ini.

 "Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh. 
 “Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini. 
 “Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial. 
 “Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan." 

 Tambah pelakon siri Spanar Jaya ini, simptom penyakit dialami membuatkan dia tersedak dan muntah setiap kali makan dan kini hanya mengambil makanan dalam bentuk cecair.

 “Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan," katanya lagi.

 Sudah lebih dua tahun tidak berlakon, Zaibo memohon agar semua pihak terutamanya rakan serta sahabat handai yang mengenali dapat mendoakan kesembuhan serta urusannya dipermudahkan.- Astro Awani
loading...
loading...

0 Response to "#DOA ~ Zaibo masuk hospital kerana hidap kanser esofagus"

Catat Ulasan