SinarHairan

(Video) Bergaya Cara Selebriti Raya Tahun Ini, Jom Tengok Macam Mana Yaya Zahir Berfesyen

loading...

Dalam masa kurang dari dua minggu lagi, muslim di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini juga bermakna kita semua ada masa kurang dari 14 hari lagi untuk membuat keputusan fesyen apa yang mahu kita kenakan pada raya tahun ini.

Nak memudahkan keputusan dibuat, kita selalunya akan melihat bagaimana artis atau selebriti berfesyen melalui iklan-iklan atau menerusi posting-posting di Instagram mereka. Kali ini, jom kita kupas bagaimana selebriti dan juga pengacara televisyen, Yaya Zahir, berfesyen untuk hari raya.

Menerusi satu video iklan hari raya, Yaya memperagakan bagaimana dia mengenakan pakaian  untuk kekal kelihatan aktif bermula Ramadhan sebelum membuat ‘finale’ di Hari Raya. Yaya, yang juga seorang pelakon, memang terkenal sebagai seorang yang periang dan sentiasa ‘on-the-go’. Jika pernah menonton rancangan-rancangan yang dihoskan olehnya, kita boleh tahu yang Yaya seorang yang periang dan mudah terhibur.

Berbalik semula kepada fesyen hari raya kita tadi, jom kita lihat dahulu video komersial yang dibintangi oleh Yaya.

[Video]

Sekiranya anda teliti video komersial di atas, kita boleh lihat bahawa video berkenaan tidak terus membawa kita ke mod hari raya, tetapi memaparkan Yaya memperagakan pakaian kasual ketika dibulan Ramadhan.


Dapat dilihat dalam video itu Yaya jenis yang suka mengenakan baju yang terang atau putih bersama dengan kasut yang terang – sesuai dengan wataknya yang selalu kelihatan aktif dan periang.


Di saat ke 38 video terbabit, suasana bandar berubah kepada suasa kampung – yang juga bermakna Yaya kini sudah berada di kampung untuk menyambut hari raya. Jom lihat apa pula fesyen yang diperagakan oleh Yaya sempena Aidilfitri.


Bersempena hari raya, Yaya Zahir mengenakan baju kebaya berwarna merah jambu terang bersama seluar krim putih terang. Kombinasi sempurna bagi yang mahu sentiasa kelihatan aktif.


Dari segi kasut pula, Yaya mengenakan kasut berwarna merah jambu untuk menyempurnakan tema aktif yang dibawa olehnya. Cantik kan?

Bagi yang belum tahu, kasut yang diperagakan oleh Yaya di dalam video itu merupakan kasut-kasut jenama Skechers. Dan sekiranya peminat kasut, pastinya anda tahu kasut itu merupakan koleksi kasut wanita ‘YOU by Skechers’ yang mempromosikan kasut jenama berkenaan yang riang, selesa dan sihat – sesuai dengan watak Yaya Zahir. 

Gaya Yaya Ketika Aktif


Ketika mahu melakukan aktiviti riadah, Yaya akan mengenakan kasut bertali YOU by Skechers. Di dalam video berkenaan Yaya memakai kasut berwarna putih, sesuai dengan outfitnya yang berwarna hitam. Selain itu, kasut bertali YOU by Skechers juga boleh didapati dalam warna hitam yang klasik!



Gaya Yaya Ketika Bekerja


Berbeza ketika kasual pula, Yaya akan mengenakan kasut slip on YOU by Skechers. Kasut itu menampakkan Yaya lebih ringkas dan sangat masuk jika dikenakan dengan seluar denim sesuai dengan Yaya yang perlu mementingkan luaran supaya tampak sentiasa bertenaga. Kata mat salleh “It just fit!”. YOU by Skechers jenis slip on ini juga didatangkan dengan pelbagai variasi warna tapi yang paling menarik adalah warna pink sebab warnanya yang rare.

Gaya Yaya Ketika Kasual


Kombinasi warna yang ringan di bahagian atas, tetapi sedikit kompleks di bahagian bawah. Itu salah satu gaya yang dikenakan oleh Yaya di dalam video itu. Kasut yang dikenakan oleh Yaya itu juga adalah kasut slip on YOU by Skechers tapi dengan corak-corak halus. 


Tapi jangan terlalu risau dengan model-model YOU by Skechers ini kerana kesemua kasut ini direka untuk fit di dalam apa jua keadaan. 

Tampak ringkas, tetapi kasut YOU by Skechers ini sesuai diperagakan tidak kira dengan apa fesyen pakaian sekalipun asalkan kena pada warnanya. Ringkas tapi sesuai dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun.

Nak tengok design-design mantap kasut YOU by Skechers ini dengan lebih dekat, layari www.skechers.com.my atau ikuti Facebook dan Instagram Skechers Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh Skechers.
loading...
loading...

0 Response to "(Video) Bergaya Cara Selebriti Raya Tahun Ini, Jom Tengok Macam Mana Yaya Zahir Berfesyen"

Catat Ulasan