SinarHairan

Mesej terakhir dalam bas sebelum Ajal tersepit .. Bas terbalik break rosak ragut nyawa Emy (8Gambar)

loading...
Jerantut : Perjalanan pulang ke rumah nya di Shah Alam selepas berhari raya bersama keluarga di Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut , Pahang berakhir dengan tragedi.
Penumpang bas ekspres Jenka Liner , Emylia Md Zaki, 35, yang maut dalam nahas di Lebuhraya Karak, Gombak, petang semalam, sempat menghantar mesej WhatsApp kepada adiknya memaklumkan bas dinaiki mengalami masalah brek.
Bagaimanapun, adik mangsa, Mohd Azwan Md Zaki tidak menyangka maklumat diberikan itu berakhir tragedi apabila kakaknya maut apabila tersepit sejurus bas dinaiki merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.
Nahas pada 6.30 petang itu di Kilometer 33.3, Lebuhraya Karak hala ke ibu kota itu turut menyebabkan 10 penumpang cedera manakala 29 lagi terselamat.
Azwan berkata, bas ekspres berkenaan dinaiki kakaknya bersama suami, Megat Laiman dan dua anak pasangan itu, Megat Mohd Azim, 11, dan Megat Hakimi, 13.
“Mereka menaiki bas di Stesen Bas Bandar Jengka, Pahang, sekitar 1 tengah hari untuk pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor, selepas berhari raya di kampung.







“Namun sekitar 4.05 petang, saya menerima mesej WhatsApp dihantar kakak memaklumkan kebimbangan berikutan bas dinaiki mengalami masalah brek,” katanya.
Menurutnya, dia sedikit gusar, namun yakin penumpang bas lain akan mengambil tindakan menasihati pemandu bas ekspres itu.
“Namun, saya terkejut apabila mendapat tahu bas berkenaan terbabit kemalangan ketika melalui Lebuhraya Karak.
“Saya hanya mengetahui tragedi menimpa kakak apabila dihubungi Hakimi sejurus kemalangan berlaku. Hakimi dan adiknya tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Azwan berkata, mangsa sekeluarga pulang berhari raya di Pahang dan menaiki bas sama dari Shah Alam pada malam hari raya.
Beliau berkata, seorang lagi anak mangsa, Megat Mohd Haikal, 15, bagaimanapun tidak pulang ke Shah Alam kerana menetap bersama neneknya di Pahang.
Menurutnya, keluarganya berharap tragedi sama tidak berulang selain menggesa pihak berkuasa menyiasat
faktor kecuaian yang menjadi punca nahas itu.
Sementara itu, jenazah Emylia yang selesai dibedah siasat di Hospital Selayang pagi tadi selamat dikebumikan di Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut , Pahang.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Leftenan Kolonel Lokman Hakim Abdul Rahman berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang.
“Seramai 35 anggota daripada APM Wilayah Persekutuan dan Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat,” katanya. Al fatihah.
loading...
loading...

0 Response to "Mesej terakhir dalam bas sebelum Ajal tersepit .. Bas terbalik break rosak ragut nyawa Emy (8Gambar)"

Catat Ulasan