SinarHairan

Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Dari 12 Hingga 24 Jun, Pengguna Diingatkan Tambah Baki Mencukupi - PLUS

loading...

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 118 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 12 hingga 24 Jun ini bagi melancarkan pergerakan trafik sempena cuti Aidilfitri.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

"PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi," menurut kenyataan itu hari ini.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Sumber : Bernama

Siakapkeli.my
loading...
loading...

0 Response to "Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Dari 12 Hingga 24 Jun, Pengguna Diingatkan Tambah Baki Mencukupi - PLUS"

Catat Ulasan