loading...
Ketika Syawal tidak lama lagi akan menjelma dan kita kini sudah berada di dalam mood hari raya, sebenarnya masih ada lagi insan-insan yang tidak berkemampuan yang mungkin tidak pernah memikirkan pun tentang keseronokkan menyambut hari kemenangan umat Islam itu.
Ketika kita ligat mencongak wang di mana mahu dibelanjakan untuk memenuhi kelengkapan berhari raya, masih ada dalam kalangan kita yang terpaksa bersusah payah mengumpul wang, hanya semata-mata untuk makan.
Mereka yang tidak bernasib baik itu mungkin rakan sekerja, mungkin jiran kita atau barangkali dalam kalangan saudara terdekat dan ahli keluarga kita sendiri.
Begitulah apa yang dikongsikan oleh seorang cikgu tahfiz yang dikenali sebagai Quinn Jell di laman Facebooknya mengenai tindakan sekumpulan anak-anak tahfiz yang teringin untuk menjamu selera dengan Pizza.
Mereka sanggup mengumpul wang bersama-sama dang menyerahkan wang tersebut kepada guru mereka sekali gus menyatakan hasrat yang terbuku di hati.
Ujar Cikgu Quinn Jell, dia menerima sebuah sampul surat yang berisi dengan wang, dua keping not RM 50 beserta satu nota yang menyatakan hasrat mereka.
''Terima sampul ni dari anak-anak tahfiz saya. Mereka teringin nak makan Pizza. Kumpul duit sendiri nak makan sama-sama dengan kawan-kawan,'' katanya.
Bagaimanapun duit yang dikumpul dengan susah payah dalam kalangan anak-anak tahfiz itu tidak mencukupi untuk membeli makanan yang diidamkan oleh mereka.
''Mereka bukan banyak duit. Sayang, duit ni tak cukup. Gaji cikgu baru separuh dapat sebab ramai ibu bapa tak bayar yuran. Tu pun dah guna bayar PTPTN dengan kutu. Cikgu nak raya pun fikir panjang. Kalau ada lebih cikgu boleh tambahkan.
''Maafkan cikgu. Balik umah korek tabung la gamaknya kalau macam ini. Tak sampai hati sebab mereka sudah usaha sungguh-sungguh belajar bulan ni.

''Apa yang perlu saya buat?. Pesan ke tak pesan?'' katanya lagi.
Sehubungan itu, dia turut berkongsi satu nombor akaun di atas namanya bagi mana-mana pihak yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi memenuhi hasrat anak-anak tahfiz di bawah jagaannya.
Sehubungan itu, dia turut berkongsi satu nombor akaun di atas namanya bagi mana-mana pihak yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi memenuhi hasrat anak-anak tahfiz di bawah jagaannya.
''Atas permintaan semua sahabat saya letak nombor akaun saya kat sini ya. 7050746692 CIMB Sharifah Anida,'' katanya.
Sumber : Quinn Jell
loading...
loading...
0 Response to ""Cikgu, Tolong Belikan Pizza Untuk Kami", Guru Sebak Anak Tahfiz Dan Yatim Kumpul Wang Sebab Nak Makan Pizza Tapi Tak Cukup"
Catat Ulasan