SinarHairan

Culik Bayi, Bela Macam Anak Sendiri Selama 20 Tahun, Wanita Ini Dikenakan Hukuman Penjara

loading...

Seorang wanita yang mengaku bersalah kerana menculik seorang bayi perempuan dari sebuah hospital hanya beberapa jam selepas dilahirkan, menerima padah selepas dihukum penjara selama 18 tahun.

Gloria Williams menyamar sebagai seorang jururawat dan menculik Kamiyah Mobley dari Hospital Jacksonville di Florida, Amerika Syarikat pada Julai 1998.

Dia kemudiannya menukar nama bayi perempuan itu kepada Alexis Manigo dan berpindah ke South Carolina untuk membesarkan bayi tersebut hingga berusia 20 tahun seperti anaknya sendiri.


Kamiyah bergambar dengan wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya.


Mirror Online melaporkan bahawa Kamiyah telah memaafkan wanita yang membesarkannya dan merayu kepada mahkamah untuk mengurangkan hukuman.

Perbicaraan di mahkamah menunjukkan bukti yang amat menyedihkan daripada ibu kandungnya sendiri apabila dia menyifatkan penderaan emosi telah berlaku apabila anaknya itu diambil darinya.

Shanara Mobley memberitahu mahkamah dia memikirkan untuk membunuh diri setiap hari, dan merasakan suatu kehilangan yang amat mendalam. Lebih terasa selepas melihat anak kandungnya menggelar wanita yang menculik itu sebagai 'ibu'.


Ibu kandung Kamiyah, Shanara Mobley.

"Saya sentiasa memikirkan tentang anak saya setiap hari. Saya menangis ketika memandu, di katil, sewaktu mandi dan ketika melakukan sesuatu dengan anak-anak yang lain.

"Luka ini tidak sembuh sekarang, saya masih sakit," kata Mobley yang meminta agar Williams dikenakan hukuman mati.


Kamiyah Mobley hanya berusia 8 jam semasa wanita ini menculiknya.

Dalam satu kenyataan, peguam Mobley, Justin Bamberg berkata: "Kamiyah kini tengah menghadam kenyataan bahawa wanita yang dipanggilnya sebagai ibu akan dipenjarakan selama 18 tahun.

"Tapi, dia memahami bahawa Williams perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Dia juga faham bahawa ibu bapa kandungnya mempunyai hak yang sepatutnya untuk menggambarkan hari ini sebagai hari yang gembira''.

Sumber : Mirror

loading...
loading...

0 Response to "Culik Bayi, Bela Macam Anak Sendiri Selama 20 Tahun, Wanita Ini Dikenakan Hukuman Penjara"

Catat Ulasan