SinarHairan

Lelaki Derita Tumor Seberat 14.9kg Sejak 47 Tahun Lalu, Pakar Bedah Ambil Masa 10 Jam Untuk Buang

loading...


Sekumpulan pakar bedah di China mengambil masa hampir 10 jam untuk membuang tumor seberat 14.9 kilogram daripada leher seorang warga emas. Menurut Encik Zhao Xingfu, 64 tahun, tumor tersebut yang dikenali sebagai lipoma, mula tumbuh 47 tahun lalu dan pada awalnya ia hanya sebesar sebiji telur ayam.

Image: Asia Wire
Kesempitan hidup menghalang Encik Zhao daripada merawat ketumbuhan berkenaan dan ia dibiarkan terus membesar di bahagian belakang lehernya. Walaupun tidak mengalami kesakitan namun saiznya yang besar dan berat menyukarkan pergerakan Encik Zhao.

Image: Asia Wire
Berikutan hal tersebut, anak lelakinya Zhao Jianjiang meminta bantuan ahli keluarga dan membawa ayah beliau mendapatkan rawatan di Hospital Tumor Guizhou. Seminggu selepas pembedahan, keadaan Encik Zhou dilaporkan semakin baik dan beliau dijangka pulih sepenuhnya.

"Saya menjadi biasa dengannya."

Encik Jianjiang tidak pernah melihat ayahnya tanpa pertumbuhan.

"Saya hanya mengenali ayah saya dengan tumor besar, jadi saya secara beransur-ansur menjadi biasa dengannya."

Image: Asia Wire
Doktor Wong, antara doktor yang terlibat dalam proses pembuangan tumor itu turut berkata, "saya tak pernah tengok tumor sebesar itu sepanjang hidup saya."


Sumber: Daily Mail

loading...
loading...

0 Response to "Lelaki Derita Tumor Seberat 14.9kg Sejak 47 Tahun Lalu, Pakar Bedah Ambil Masa 10 Jam Untuk Buang"

Catat Ulasan