SinarHairan

“Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa”

loading...

Kisah ini dikongsikan oleh @Encikgu_ yang menceritakan mengenai pengalamannya mengajar murid di kelas akhir sekali. Perkongsian melalui twitter beliau dijadikan dalam bentuk cerita di bawah. Baca lagi:

Ada satu kisah yang nak aku kongsi waktu mengajar tahun 5 pada tahun 2014. Kena mengajar kelas belakang sekali.

Waktu dapat kelas tu, subjek yang aku ajar semua tak lulus. GPK pesan target pertengahan tahun tu nak setengah daripada dalam kelas tu lulus

Dia punya pemalas tu, buku tak bawa. Aku fotostat mukasurat tiap kali kelas.

Dia punya pemalas lagi, kertas fotostat sama je tak catit apa². Aku highlight benda penting sebelum edar.

Dia punya pemalas lagi, kertas yang bagi mesti hilang. Malas nak simpan. Aku beli file letak kat meja khas belakang kelas.

Guru kalau dah all-out tapi murid masih malas, dia punya geram dan fed up tu mana boleh tahan. Jadi aku terpaksa buat sesuatu.

Aku buat test. Bagi tempoh 2 minggu untuk study. test 10 soalan mudah sahaja. Sebelum test, aku pesan “Satu salah, 5 kali rotan”.

Habis tempoh jawab test, aku semak kertas murid pertama di mejanya. Dia dah kecut perut telan air liur. Aku suruh dia berdiri.

Dia salah 6 soalan. PAPP!! (30 kali). Tapi semua terkejut.

Aku rotan betis aku sendiri. Semak murid seterusnya dan seterusnya.

Aku tak selak pun seluar aku tengok. Tapi ada murid yang menangis waktu tu. Habis sesi semak dan rotan aku pun bagi pesanan

Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa. Jadi layaklah saya yang kena rotan. Kalau guru kamu tak rajin, macam mana kamu nak jadikan dia contoh”. Aku pun keluar, sampai bilik guru memang dah lebam nasib baik ada minyak angin.

Tapi permainan psikologi aku berjaya. Sejak itu nampak mereka berubah sedikit demi sedikit. Pertengahan tahun semua lulus dan ada 1 dapat B.

Tu je aku nak share. Walaupun seorang guru rajin mana, tolonglah jangan putus asa dengan anak murid. Jangan ada mindset “Dia kelas belakang”… sebab yang kelas belakang itu jika dia mahu dan berusaha dia jadi lebih baik daripada kelas pertama. Aku pernah saksikan dan aku kagum.

The post “Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa” appeared first on The Alternatif.



from The Alternatif http://ift.tt/2lNZZ2t
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "“Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa”"

Catat Ulasan