SinarHairan

Wanita Maut Digilis Ketika Cuba Lari Dari Perogol

loading...
Gambar Hiasan
India-Seorang gadis berusia 18 tahun maut dilanggar kereta api ketika melarikan diri daripada dua lelaki yang cuba merogolnya.

Menurut bapa mangsa, ketika kejadian anaknya pergi ke tandas berhampiran landasan kereta api di kampung Govindpura, Daerah Datia, kira-kira jam 5.30 pagi Isnin lalu, apabila dua lelaki dari kampung berkenaan cuba merogolnya sebelum dia melarikan diri dan digilis kereta api.

Katanya, dua suspek di kenal pasti sebagai Halku Yadav dan Sanju Yadav mengambil kesempatan ketika mangsa keluar membuang air pada lewat Ahad selepas beberapa hari memerhatikan gerak-gerinya.

Menurutnya, mereka menyerang mangsa tetapi gadis itu sempat melarikan diri dan menuju ke arah landasan tanpa menyedari ada kereta api menuju ke arahnya.

Akibatnya dia digilis dan mati serta-merta.

Kematiannya itu mencetuskan kemarahan penduduk kampung menyebabkan pihak berkuasa menghantar polis tambahan untuk mengawal keadaan.

Mayatnya sudah dihantar untuk bedah siasat. Suspek terbabit belum ditahan.

"Pada masa ini, kami tidak akan mengulas punca keatian gadis itu. Pihak polis sedang menjalankan siasatan," kata seorang pegawai polis di Datia, Irshad Wali.

Menurut sumber polis, bapa mangsa memberikan beberapa versi cerita yang berbeza mengenai kejadian itu sebelum ini, termasuk mendakwa dua lelaki terbabit menolak anaknya di hadapan kereta api.

Bagaimanapun, Irshad berkata, ibu saudara gadis itu menyaksikan kejadian malah dia yang memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenainya.

Ini bukan kali pertama ketiadaan tandas menjadi punca serangan seksual malah wanita terutamanya kanak-kanak sering menjadi mangsa ketika keluar pada tengah malam tanpa ditemani sesiapa.

Kebanyakkan penduduk kampung di india tidak mempunyai kemudahan tandas di rumah mereka dan gangguan terhadap perempuan juga perkara biasa.-harianmetro
loading...
loading...

Related Posts :

0 Response to "Wanita Maut Digilis Ketika Cuba Lari Dari Perogol"

Catat Ulasan