loading...
Berikutan artikel viral “Kalian carilah arwah di hari penghakiman kelak” yang ditulis daripada luahan hati kakak kepada mangsa remaja berbasikal yang maut dirempuh kereta di Johor Bahru, ramai Netizen memberikan komen yang menyokong dan ada juga sebaliknya.
Namun bagi Puan Gloria, keluarga mangsa sepatutnya tidak menyalahkan Netizen atas respon negatif terhadap kejadian tersebut kerana Netizen memberikan komen mengikut hasil bacaan info yang mereka terima.
Pendapat beliau turut dipersetujui ramai rakan Netizen yang lain. Baca lagi:
“Bila nak terangkan citer ‘sebenar’, takyah la nak ‘sumpah’ anak orang di masa depan. Apabila masih berkeliaran kul 3.00am, salah siapa tu? Salah cikgu? Salah abang polis? Salah masyarakat? Ke salah menteri?
“Kita tak boleh nak halang apa yang netizen cakap/taip. Mereka akan komen apa yang mereka nampak dan baca. Takyah nak tuntut-tuntut di akhirat macam kau tu suci sangat. Takkan mereka nak komen apa yang dalam rumah kau. Memang kemalangan itu asbab kepada ajal mereka. Apa pulak asbab kepada kemalangan itu? Itu yang patut kau dan kita semua ambik pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak-anak yang lain.
“Mudah-mudahan menimbulkan keinsafan kepada budak-budak yang masih hidup supaya mereka tidak melepak sampai ke dinihari di highway; mudah-mudahan menimbulkan kesedaran kepada ibu bapa mereka dan kita semua ibu bapa supaya bersikap tegas.
“Sedekahkan banyak-banyak fatihah kepada adik kau, tak perlu kau pula yang nak kutuk nitizen dan nak tegakkan benang yang basah.
“Bukan sorang dua yang pernah tegur; tapi ramai.
Innalillahiwainnailaihiwarajiun.
Innalillahiwainnailaihiwarajiun.
Walaupun komen yang diberikan menggunakan bahasa yang sedikit kasar, namun ada kebenarannya dimana kejadian ini seharusnya menjadi pengajaran bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysa. – Al Fatihah
Sumber: thealternatif
loading...
loading...
0 Response to "“Takyah nak tuntut-tuntut di akhirat macam kau tu suci sangat” – Netizen"
Catat Ulasan