loading...
Mohon Hentikan Sebar Berita Yang Tidak Sahih “Adik Arwah”|Hari ini malaysia dikejutkan dengan berita seorang Penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, ditemui tergantung di dalam bilik air asramanya, malam tadi di baling
Beberapa media tempatan mendakwa mangsa lelaki berusia 21 yang juga merupakan penuntun tahun pertama jurusan sarjana yang berasal dari kelantan dikatakan menggantung dirinya sendiri menggunakan kain pelikat.
Mangsa pertamakali ditemukan oleh rakan sebiliknya sebelum dimaklumkan kepada pihak polis,isu bunuh diri menjadi tular dilaman media sosial hingga beberapa natizen menuturkan kata kata kesat yang menyakitkan hati ahli keluarga arwah.
Apa yang dimaklumkan oleh media tempatan telah dinafikan adik arwah,katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh surat khabar,facebook dan media sosial lainnya adalah tidak benar.
“Arwah adalah seorang yang berilmu agama dan tidak mempunyai masalah,dia dikampung dikenali sebagai tok imam surau depan rumah”
“Mohon hentikan sebar berita yang tidak sahih,bagilah kami tenang untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir,tolonglah sama sama beri kerjasama untuk mempermudahkan segala urusan jenazah sampai dikelantan malam ini”katanya.
Bagaimanapun YB Haji mi yang turut melawat tempat kejadian pagi tadi mengatakan apa yang dilihatnya tidak logik dikatakan bunuh diri beliau juga tidak menafikan adanya individu yang terlibat dalam kes berkenan.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin mengsahkan adanya kejadian berkenan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.
loading...
loading...
0 Response to "Mohon Hentikan Sebar Berita Yang Tidak Sahih “Adik Arwah”"
Catat Ulasan