loading...
AL-FATIHAH.!! Sudah Seminggu Berlalu Tragedi Basikal Johor Bahru, Seorang Datuk dan Ahli UMNO Pagoh Ditahan Reman Tiga Hari.
JOHOR BAHRU: Seorang penulis blog yang pernah dipecat daripada UMNO dan lelaki bergelar Datuk ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan polis susulan mengeluarkan kenyataan jelik dan fitnah.Penulis blog berusia 64 dan ahli UMNO Bahagian Pagoh berusia 61 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan semalam dan pagi tadi selepas dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah berkaitan kemalangan yang mengorbankan nyawa lapan remaja berbasikal, minggu lalu.
Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Faridatul Farrah Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan suspek pertama iaitu ahli politik bergelar Datuk ditahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, kira-kira jam 11 malam tadi.
Katanya, suspek kedua ditahan di Villa Taman Tasik di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi tadi.
"Penahanan adalah susulan laporan polis yang dibuat pada jam 1.02 tengah hari semalam berhubung kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut membabitkan remaja berbasikal di bandar raya ini, baru-baru ini," katanya. s
sumber: bharian
loading...
loading...
0 Response to "AL-FATIHAH.!! Sudah Seminggu Berlalu Tragedi Basikal Johor Bahru, Seorang Datuk dan Ahli UMNO Pagoh Ditahan Reman Tiga Hari."
Catat Ulasan