SinarHairan

Wan Maimunah Menitis Air Mata Terharu Menerima Sumbangan SENIMAN

loading...
Wan Maimunah Menitis Air Mata Terharu Menerima Sumbangan SENIMAN

Beberapa keping gambar yang dimuat naik wakil Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zack Kool menerusi Facebook mengenai keadaan terkini pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz menarik perhatian ramai peminat, semalam.

Dalam status itu, Zack yang juga Timbalan Presiden SENIMAN menyatakan keadaan pelakon itu kini dirawat di Hospital Jasin, Melaka di wad 2A kerana mengidap penyakit bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Zack bersama pelakon Zuraini Kassim selaku Pengerusi Biro Pendidikan dan Penajaan SENIMAN menziarah Wan Maimunah sebelum menyampaikan sumbangan daripada pihak persatuan itu.

Pelakon popular berusia 62 tahun itu yang banyak membintangi pelbagai drama kelihatan terharu sehingga menitiskan air mata ketika menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan Zack. Wakil persatuan itu juga menyatakan Wan Maimunah mengucapkan terima kasih pada rakan dan peminat yang menziarah dan mendoakan kesihatannya.

Sumber: Rojakdaily

tags: wan maimunah sakit, wan maimunah, sumbangan bantuan seniman, seniman
loading...
loading...

0 Response to "Wan Maimunah Menitis Air Mata Terharu Menerima Sumbangan SENIMAN"

Catat Ulasan