SinarHairan

Rakan Mengamuk Libas Parang, Mangsa Yang Cedera Menunggu Untuk Dibawa Ke Hospital.

loading...
Kuala Berang: Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera ringan di dada dan bahu kiri akibat terkena libasan parang rakannya di Kampung Buluh, Kuala Berang, semlama.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Nazri Awang yang berasal dari Sabah cedera selepas rakannya juga dari Sabah berusia 27 tahun, melibas parang dalam pergaduhan di sebuah rumah inap desa.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dan suspek sebelum itu berbual sambil minum bersama beberapa rakan lain sebelum tercetus pergaduhan.

"Suspek kemudian mengambil sebilah parang dari dalam van di luar rumah sebelum melibas senjata tajam terbabit menyebabkan mangsa cedera.

"Polis bergegas ke lokasi dan menahan suspek yang berasal dari Keningau untuk siasatan lanjut," katanya.-Harian Metro
loading...
loading...

0 Response to "Rakan Mengamuk Libas Parang, Mangsa Yang Cedera Menunggu Untuk Dibawa Ke Hospital."

Catat Ulasan