SinarHairan

Suami Balik Rumah Terus Buat KASAR. Aku TERGAMAM Hingga Tau Rupa2 Dia Nak..

loading...
Suami Balik Rumah Terus Buat KASAR. Aku TERGAMAM Hingga Tau Rupa2 Dia Nak…….. | Nama aku Farah. Khamis minggu lepas, lepas masak solat semua, tengok jam pukul 5.30. Biasanya paling lewat suami inform keluar ofis 5.15. Kalau balik lambat pun memang awal2 dah bagitau. Sy try call nak tanya tapi 3kali tak berangkat so sy fikir maybe tgh bawa moto. Sy yg tgh tak sihat tu pun terlelap.
1
Sampai lah sy terjaga dalam 7.45 masa ni jaga terus tengok henset tp takda sebarang notification drpd dia. Sy tengok suami duk tengok tv dalam keadaan dah siap mandi semua. Sy dengan gelabah nya minta maaf kat dia sebab sy tak pernah abaikan dia masa dia balik kerja. Memang rasa bersalah. Tanya benda yg memang selalu jadi bualan masa dia baru balik. Tp dia biasa je tak respon sangat.
Sy tanya pulak, kenapa abg tak kejut ayg waktu abg sampai? “Dah tgh tidur malas sy nak kacau awak. Dah la gi cuci muka dulu” Masa tu sy mmg tak sedap hati. Kenapa panggilan berubah. Sy ingat dia merajuk sy tak sedar masa dia balik. Sy pun cuba la ambil hatinya semula. Tanya abg dah makan ke belum. Nak makan tak. Then dia cepat2 bentak sy kata tak payah. Sy tak lapar, sy tak dahaga, sy takda selera nak makan. Masa tu dah menitis air mata sy tp sy masih tanya lagi abg ada masalah ke kalau ada masalah kongsi lah jangan macam ni. Biasa nya kalau dia ada problem kat tempat keja ke atau problem lain balik je rumah dia buat2 manja sedih then terus je cerita pd sy tp kali ni memang beza. “dahla gi solat pukul8 dah nanti tebabas” tiba2 dia tinggikan lg suara dia. Sy pun akur.
Selesai solat maghrib, sy bangun dan menuju ke bilik kami utk panggil dia jemaah isyak sama2 memandangkan org tengah azan isyak tp malangnya pintu dikunci. Sy panggil dia ketuk2 pintu tak nyahut. Sy pun bersila sandar dekat pintu bilik tunggu dia. Dah tengah tak sihat ni dapat sandar kat benda keras pun rasa macam tengah tidur atas tilam. Terkejut sy dia buka pintu mengejut dan dan badan serta kepala sy ikut gerakan pintu yg dibuka (dapat bayangkan cemana) tetiba jadi pening sikit sambil pegang kepala. Sambil tu dia cakap dalam nada kasar haa sapa suruh sandar kat pintu jangan nak salahkan sy pulak sakit pala tu. Dia pun keluar ke arah ruang tamu. Sy pun gi lah solat isyak sendiri. Selesai solat, sy tenangkan diri kejap. Muhasabah diri.
Ikutkan perasaan nak je sy melepek kat dia mcm biasa sy buat kalau sy tak sihat. Sy akui sy ni memang manja. Sakit sikit pun nak perhatian lebih2. Lagi2 sy ni dah takda mak ayah. Ayah meninggal masa sy kecik. Mak meninggal masa sy baru nak kenal erti kehidupan zaman N ni. Jauh pula dr adik beradik kat kl, sy ikut suami kat pahang. Memang rasa alone bila diperlakukan macam tu. Emm. Tp dah macam ni, sy fikir cara nak ambil hati dia semula. Bila dah ok, sy dapatkan dia. Cuba utk slowtalk. Tp dia tetap buat tak hirau dan marah2 sy. Sy rasa ada something wrong tp dia taknak cakap, Allah uji sy malam ni.. Sy mengalah.. Sy rasa sy perlu bg dia masa utk tenang.. Lagipun memang tak sedap badan sangat masa tu. Sy pun cakap lah sy tak sihat ni, sy minta izin utk tidur dulu.. Dia pun laju je kata dah pegi lah.. Sy pun akur.
Sy terus lena, pastu terjaga bila dia dah masuk tidur. Tp dia tidur belakangkan sy. Sy ambil tangan dia rasa leher dgn dahi sy, sy cakap sy demam. Muntah. Tp dia cuma bunyi emm emm je. Sy belakang dia dah kesat kesat air mata. Yela dia tak penah macam ni sebelum ni. Mana lah sy tak terasa sampai macam tu sekali.
Esoknya pun sy jaga time dia dah nak gi keja. Sy terlepas subuh. Terlewat nak masuk mengajar tp memang plan sy nak mc pun hari jumaat tu sebab mmg tak larat sangat2. Tu pun jaga sbb dia goyang2 betis sy. Sy dgn lemahnya cuba buka mata minta maaf dgn dia sy terbabas dan memang tak terjaga langsung. Minta maaf tak dapat sediakan sarapan. Sy agak masa tu dalam pukul7 sebab biasa sama2 siap time macam ni. Dia dah bangun nak gerak tp sy cakap kejap bang.. Sy cakap nak gi klinik. Masa tu cakap sambil batuk2 rasa mual.. Dia kata ok.. Sy tanya abg taknak bawa ke.. Ayg tak larat la.. Dia jawab awak boleh drive kan. Sy ada hal penting pagi ni nak settel. Ada mesyuarat penting katanya. Sy dah menitis air mata masa tu.
Tiba tiba rasa nak muntah tak sempat bangun sy muntah atas katil. Dia boleh marah sy. Kata sy ni macam budak kecik dah tahu nak muntah tu cepat2 la bangun masuk bilik air. Tempat tu lah nak tidur tempat tu lah sy muntah. Tak tahu najis ke. Belajar agama tinggi2 tp tak tahu cemar cuci. Dia hina sy. Hina pelajaran sy. Sy tak hirau dah masa tu, memang tak tahan dah memang banyak sy muntah. Alang2 dah muntah situ sy habiskan muntah sy atas tu. Bila dah habis keluar sy rasa macam lega sikit tau. Sy pandang dia. Sy pun menjawab tp rasanya tak lah biadab sangat pun bahasa sbb dah tengah sakit sangat. Lagipun sy ni memang jenis suara halus tak reti berkasar.
Tp masa tu sy tak tahan sangat dengan perangai dia. Sy perli dia. Sy kata awak kalau tak boleh tlg sy tak payah lah marah2 sy. Awak ingat sy sengaja ke muntah kat sini. Kalau taknak tlg tu dah pegi je kerja. Kerja tu penting. Meeting tu penting. Sy tahu la nak cucikan semua ni. Sy bukan budak kecik sy tahu cemar cuci. Pandai lah sy bersihkan nanti. Dia diam. Sy pun usaha utk bangun turun dr katil nak ke bilik air, tiba tiba dia dalam nada ego, tak ikhlas papah badan sy “meh nak tlg, cepat sikit gerak sy dah lewat ni” sy tepis sy cakap tak payah. Gi je kerja. Kerja tu penting. Sy memang geram sangat masa tu dan terus jalan pegang dinding ke bilik air. Dia dgn nada ego dia lagi cakap awak takyah gi klinik. Rehat je kat rumah. Wkt lunch nanti sy balik kejap bawa awak ke klinik. Jangan degil. Tp sy tak hirau. Sbb dia masih dalam gaya yg kasar tanpa belas kasihan. Dia pun terus keluar rumah gi kerja. Sy memang tak boleh terima apa yg dia buat.
Lepas bersihkan semuanya, sy mandi makan roti, makan penadol. Rehat jap. Rasa macam ok sikit, sy rasa nak ke hospital terus. Risau kena tahan wad, sy pun standby lah keperluan yg patut. Dan sy pun drive ke hospital private yg jadi pilihan utk bersalin anak first tahun lepas (tapi takda rezeki jantung anak tak berdegup masa 5bulan lebih) Nak dijadikan cerita memang kena warded. Sy disahkan mengandung Alhamdulillah. Kena masuk air dan masuk darah. Sy memang kurang darah sebelum kawin lagi, keturunan. Staff situ tengok sy berseorangan, dia tanya la husband mana sy cakap out station. Memang jadi gila juga la turun naik dr tempat parking ke bangunan hospital. Sedih memang sedih, penat memang penat tp sy redha jelah dan sy bersyukur Allah bagi kekuatan pada sy.
Alhamdulillah Allah lindung sy dr perkara buruk yg berlaku. Dalam masa yg sama sy baru buka henset, dia wasap kul11.30 suruh sy bersiap. Masa tu dah kul 12. Lepas tu dia wasap lg haii baca jeke. Sy off data dan call kawan rapat sy bagitau pasal ni. Adik beradik sy, mak ayah mertua serta adik beradik ipar pun sy tak inform. Lepas tu suami call 3kali sy tak angkat. Dia pun sms kata degil betul la. Agaknya dia tgk sy takda kat rumah kot. Sy off henset lepas inform segala maklumat dekat kawan sy. Ptg tu kawan sampai. Dia tanya husband mana sy ubah topik. Tp yelah dah rapat ni dia dapat baca lah keadaan sy. Sy tak cerita masalah sy tp sy kata sy nak bersendiri tanpa suami.
Ahad ptg sy boleh discharge. Sy on henset. Banyak la sms sms yg miscall semua tu. Buka internet. Ada 163 msg dari suami kat wasap. Tp first chat sy buka dr mak mertua dulu. Antara perkara yg disebut ialah mak tak tahu masalah rumahtangga kami tp mak minta sy balik. Kalau taknak balik rumah kami balik lah rumah mak. Sy dgn mak memang rapat dr sebelum kawin lg. Wpun jauh tp selalu wasap sejak mak kandung sy meninggal, sy dikenalkan kepada mak, mak memang ambil berat pasal sy wpun belum lagi jadi menantu masa tu. Tp dalam hal ni sy tak fikir nak balik rumah mak. Sy taknak menyusahkan mak. Mak tak berapa sihat. Mak kena jaga Abah yg sakit tua. Dalam masa sama, mak jaga kakak ipar baru seminggu bersalin. Selain tu ada cucu2 yg tinggal dgn mak, mak perlu jaga. Sy memang dah fikir sebelum ke hospital lagi hal ni. Taknak susahkan mak bukan nak sisihkan mak. Sy ambil keputusan duduk rumah kawan tadi tu dia pun ok utk tumpangkan sy sementara. Dia dtg naik teksi kemudian dia drive kereta sy bawa ke rumahnya. Sy dapat mc seminggu.
Bila dah sampai rumah kawan, sy call mak dan bagitau hal sebenar. Lama juga call duration and dalam masa tu sy call mak tu banyak kali suami call sy juga. Habis cakap dgn mak, sy rehat dan off henset. Adik beradik di kl pun tak tahu pasal ni. Hari isnin baru sy buka dan baca wasap wasap dia. Dia minta maaf dan menyesal sangat sangat. Dia kata dia nak buat seperais utk sy memandangkan hari jumaat tu hari special. Tu yg dia saja2 buat kasar2 dgn sy, nak bagi sy sedih dan sedih tu bertukar happy bila dia buat seperais hari jumaat lepas dia balik kerja. Hmm seperais ke apa macam tu? Kenapa dia lebih pentingkan seperais tu lebih daripada keadaan sy yg lemah masa tu? Sanggup dia buat sy macam ni. Sampai hati awak bang..
Sy cuma balas, sy perlukan masa utk bersendiri. Bila dah sedia, sy akan balik. Sy masih trauma lagi diperlakukan macam tu.. Kat mana mana hatta dalam doa sy pun, sy masih ternampak nampak yg dia marahkan sy, hina pelajaran sy. Terbayang bayang apa yg dia buat.. Setiap kali teringat memang sy sedih.. Susah sy nak terima alasan dia yg nak buat seperais tu.. Hmmm
Hari rabu sy dtg kl, sampai skrg ni ada kat kl rumah arwah mak kandung sy. Sy takut nak balik rumah sy. Hmmm sy buntu sangat. Apa perlu sy buat.. KREDIT IIUM.

Sumber: jommelancong
loading...
loading...

0 Response to "Suami Balik Rumah Terus Buat KASAR. Aku TERGAMAM Hingga Tau Rupa2 Dia Nak.."

Catat Ulasan