SinarHairan

Sayu : Tragedi lepas bercuti .. anak jatuh depan mata..ketika beliau leka kemas barang di kereta (4Gambar)

loading...
SELAMA : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, malam tadi. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya baharu pulang daripada bercuti.


Mangsa dikatakan naik ke rumah bersama ibunya di tingkat tiga bangunan, sementara bapanya dan anak yang kedua sedang berkemas di kereta. Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya. Katanya, semasa kejadian tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala. "Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.
loading...
loading...

0 Response to "Sayu : Tragedi lepas bercuti .. anak jatuh depan mata..ketika beliau leka kemas barang di kereta (4Gambar)"

Catat Ulasan