SinarHairan

CERITA SERI DAN KASUT KOYAKNYA - DIDIK ANAK BERSYUKUR

loading...


CERITA SERI DAN KASUT KOYAKNYA - DIDIK ANAK BERSYUKUR

Bulan lepas Seri dapat kasut baru. Beli dari Econsave dengan harga tidak sampai RM15. Seronok sangat dia sampai dalam rumah dia pakai kasut tak mahu buka. Dia tahu bila kasut dah turun ke tanah dia dah tak boleh pakai dalam rumah lagi.

Tadi Seri bersedih kerana kasutnya koyak. Saya senyum sahaja kerana anak ini mungkin belum tahu bapanya sedang dalam proses mengeluarkan kasut buatan sendiri di bawah jenama WERDA & Sarc sedangkan anaknya mengadu kasut murahnya sudah terkopak.

Dia tunjukkan kepada saya kasutnya sudah ada mulut. Saya berpesan kepada Seri

"Anakku sayang, kamu tak perlu bersedih kerana kamu masih ada ayah untuk kamu mengadu kasutmu koyak. Lihat rakan-rakanmu di Rumah Pengasih Warga Prihatih yang tiada Ayahpun tempat untuk mengadu...mari ke sini Ayah betulkan kasut itu".

Saya boleh sahaja belikan kasut yang mahal jenama Eropah yang sering keluar di dalam TV tetapi Seri akan sedih kerana kasutnya tidak sama dengan rakan-rakannya di RPWP.

Saya sapukan gam dan mengajar Seri bagaimana membaiki kasutnya. Setelah gam kering saya minta Seri pakai semula dan anak ini secara spontan terus gembira seperti biasa tanpa cacat dan tanpa komplek

Saya tidak sampai hati mahu rosakkan kegembiraan itu. Tidak sampai hati sama sekali merosakkannya dengan membelikan kasut baru yang lebih mahal. Kerana Seri akan menangis bila diejek kawannya "Seri anak orang kaya...kasutnya mahal dan tidak bertampal-tampal".

Ganjil bukan kegembiraan anak-anak ini tidak langsung bersandar kepada harga. Adakah saya sampai hati mahu merosakkan apa yang telah anak ini rasa bahagianya?saya tidak mahu harta menjadi dasar kegembiraan anak-anak ini.

Dari beli yang mahal dan tahan lama, saya ajarkan Seri bagaimana menjaga barangan murah dan mudah rosak dan bagaimana membaikinya jika ia telah rosak.

Bukan tidak mampu tetapi tahanlah hati untuk mencipta generasi yang bersyukur. Negara kita cukup parah dengan budaya branded kononnya tahan lama habis dilenjan sampai ranap dari golongan bawah hinggalah menterinya.

Sebaliknya biarlah waris generasi ini akan jadi generasi yang bersyukur dengan menjaga dan membaikpulih apa yang murah mereka beli dan mampu diguna selama yang mahal.

Seri tiada gadget seperti tab dan handphone malah dilarang bermain dengannya. Maka Seri bermula bercakap dan bersosial dengan rakan-rakannya secara berhadap sebagai gantinya dan bermain juga mainan yang anak-anak zaman ini sudah tidak main kerana semua terdinding hanya pada aplikasi telefon dan tab sahaja.

Seri tidak yatim tetapi Seri terbentuk hidupnya dengan segala kesyukuran bila kawanannya kebanyakannya anak-anak yatim dan orang-orang fakir miskin. Anak biasa mesti ada keinginan kepada seduatu untuk dibeli samada makanan mahupun pakaian. Namun jika Seri teringinkan sesuatu, Seri tidak minta hanya untuk dirinya tetapi lebih 200 bilangannya supaya rakan-rakannya dan beradiknya di RPWP dapat turut sama merasa. Banyak sama dijamah, sikit sama dicicah.

Tiada apa yang lebih saya syukuri selain mempunyai anak yang berjiwa prihatin. Didikannya berkos murah tetapi hasilnya sangat tinggi nilaiannya.

Sayangi anak anda, jangan rosakkan mereka dengan harta kemewahan sehingga kemewahan menjadi punca kebahagiaannya. Sebaliknya sayangi anak anda dengan pendidikan yang akan buat dia rasa sentiasa bersyukur. Kerana dengan sentiasa bersyukur, anak akan rasa terus gembira dalam keadaan apa sekalipun. Biar orang ketawakan anak tokey kasut pakai kasut bertampal asalkan jangan sampai anak terbeli gembiranya kerana harta.

Bukan nak siksa anak jadi miskin tapi berpuasa untuk hidup sederhana sahaja.

Banyak sekolah mampu ajar anak pandai namun kurang sangat sekolah yang mendidik akhlak. Bila akhlak sudah di tangan yang lain semua akan mengikut dan semestinya yang lain-lain semua jadi mudah.

SAIFUL NANG
Bapak seri
(Bapak kepada bapak seri ialah Datuk Seri)

p/s jika rasa artikel ini satu kebaikan yang boleh dikongsi, maka SHARE anda juga satu dakwah kepada kebaikan


loading...
loading...

0 Response to "CERITA SERI DAN KASUT KOYAKNYA - DIDIK ANAK BERSYUKUR"

Catat Ulasan