SinarHairan

Remaja 14 Diculik 2 Lelaki India (Van Putih)

loading...

KLANG - Susulan tersebarnya kes seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang didakwa diculik van putih, Polis Selangor tampil memberikan penjelasan. 

Menurut Ketua Polis Selangor Dato Abdul Samah bin Haji Mat, Ibu kepada Nor Amira Atirah, menyedari anaknya tidak pulang ke rumah sejak petang Ahad (27 Disember 2015) lebih kurang jam 2.30 petang. Lalu pada Isnin (28 Disember 2015), 8.20 malam, ibunya membuat laporan polis bersabit kehilangan anaknya itu.

Jelas beliau, pada peringkat awal, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit di mana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau keluar untuk bertemu dengan rakannya. 

Siasatan awal polis menerusi seorang saksi, adik kepada mangsa, mengesahkan kali terakhir beliau dilihat bersama dengan seorang lelaki Cina yang dipercayai teman lelakinya pada jam 7.00 malam (Ahad) di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

"Siasatan mendapati remaja tersebut memang sering keluar rumah untuk bertemu dengan rakannya dan pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri serta tidak mempunyai masalah yang serius dengan keluarganya," katanya.

Bagaimanapun, pada jam 7.30 malam (Selasa), ibu mangsa menerima panggilan telefon dari anaknya yang memberitahu bahawa dia telah dilarikan oleh dua orang lelaki India yang tidak dikenali ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah. 

"Remaja tersebut juga memberitahu bahawa dia telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van berwarna putih.

"Polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi mangsa. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Siasatan serta operasi untuk mengesan mangsa juga sedang giat dijalankan.


"Orang ramai diminta memberikan kerjasama tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan mangsa. Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di 013-3430150," katanya. -  THEHYPEMEDIA.COM
loading...
loading...

0 Response to "Remaja 14 Diculik 2 Lelaki India (Van Putih)"

Catat Ulasan