SinarHairan

AYUH KITA SANTUNI PERKARA2 SUNNAH INI... Jika tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua.

loading...
AYUH KITA SANTUNI PERKARA2 SUNNAH INI...

Jika tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua.

1) Jangan tinggal solat sunat qobliyyah subuh sekalipun bangun jam 6:45 am, kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah dan Allahuakbar 33 kali jangan dilepaskan setiap kali lepas solat, kerana inilah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah atau setidak2nya berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqamah setiap waktu solat kerana di sana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dengan robbuljalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah2an dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai dan kelaut setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan al-quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah. Selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir Surah Kahfi, surah al-Waqeah, juga surah al-Mulk, asbab kepada sabda nabi : Bacalah al-quran.. sesungguhnya al-quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan dilepaskan solat2 sunat qobliyyah bakdiyyah, tahajjud, witir dan dhuha kerana solat2 sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu yang wanita, (bersedia ternanti2 masuknya waktu solat) manakala yang lelaki berusha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yang paling utama.

9) Lazimi sentiasa punyai air wudhu setiap masa kerana orang yang punyai wudhu akan didampingi para malaikat Allah pada tubuhnya.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk anda bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yang sentiasa bersugi (kejap2 sugi kejap2 sugi) antaranya zikir2. Satu bacaan ayat2 al-quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang2 yang tak bersugi. Dua rekaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah berbanding 70 rekaat solat orang yang tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 meraka yang istiqamah sentiasa bersugi.. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak mampu mengira berapa kalikah dalam sehari Nabi saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang nabi lakukan sebelum ajalnya sampai adalah nabi saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dalam article tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketikamana didatangi ia akan sakaratulmaut. Makanya kita tak perlu bersusah payah menahan akan sakitnya mati.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat, kalimah2 taubat, kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dengan kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon2 perangsang kesihatan serta kecergasan tubuh dan juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 maaruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah....

Wahai jiwa2 yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha dan berkumpullah sekalian dalam kalangan orang2 yang berbahagia dan masuklah sekalian ke dalam syurga.

Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalaulah seluruh manusia mengetahui akan inilah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketikamana saat kematian menjemput kita, nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dalam berusaha untuk mengejarnya .
loading...
loading...

0 Response to "AYUH KITA SANTUNI PERKARA2 SUNNAH INI... Jika tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua."

Catat Ulasan