SinarHairan

#TAHNIAH ~ Siti Nurhaliza dan Datuk K sambut ulangtahun perkahwinan bersama Siti Aafiyah

loading...
Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata pada 19 Mac lalu. 

TANGGAL 21 Ogos merupakan ulangtahun perkahwinan ke-12 Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K.

 Detik istimewa mereka bergelar suami isteri itu disambut bersama dengan kehadiran puteri sulungnya, Siti Aafiyah.

 Menerusi Instagram Siti, dia telah memuat naik foto bersama anaknya dengan menyatakan ini merupakan ulangtahun perkahwinan yang pertama mereka bersama.

 "Alhamdulillah...first time celebrating our 12th anniversary with little angle #sitiaafiyahkhalid," tulis Siti. 

 Rata-rata artis dan peminat turut mendoakan kebahagiaan mereka serta memuji kecomelan Aafiyah.

 "@ninaismailsabri : Happy anniversary kak iti dan dato K. Cubitkan pipi aafiyah for me pls."

 "@tengkunorlidar : Comel sgt anak siti, semoga bahagia hingga ke jannah." 

 "@arjalee : Comei sangat2 gerammm! Happy anniversary semoga lebih bahagia lebih sempurna aminnn. Lots of love @ctdk." 

"@penglipur.lara.524596 : Alhamdulillah. Cahaya mata pengikat kasih syg. 

 "@faridahyusof69 : Happy anniversary @ctdk semoga berbahagia bersama anak siti Aafiyah dunia akhirat jannah." 

 Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan cahaya mata pada 19 Mac lalu.-Awani
loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ Siti Nurhaliza dan Datuk K sambut ulangtahun perkahwinan bersama Siti Aafiyah"

Catat Ulasan