SinarHairan

#SIASATAN ~ Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti Lavida Coin

loading...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.

 “Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.
 “Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC. 

Sehubungan itu,SC menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sewajarnya dan berwaspada terhadap risiko terlibat dalam mana-mana skim pelaburan, terutama skim membabitkan mata wang kripto dan token digital. - BERNAMA
loading...
loading...

0 Response to "#SIASATAN ~ Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti Lavida Coin"

Catat Ulasan