SinarHairan

Saya Tak Campur Hal Umno Lepas Berundur - Najib

loading...

Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata gesaan supaya menjarakkan diri dengan parti itu tidak timbul.

Katanya, sejak meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti.

“Zahid amat bebas untuk membuat keputusan.

“ Sebagai contoh, berhubung pelantikan penjawat parti dan calon (pilihan raya) Sungai Kandis dan semua itu,” katanya.

“Saya dukung dia sebagai presiden dan berikan kerjasama penuh,” kata Najib kepada pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Najib patut ke tepi dan membenarkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi Umno ke depan.

Semalam Nazri yang dianggap lantang mahu Najib supaya menjarakkan dirinya dari Umno bagi memberi ruang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Menurut anggota parlimen Padang Rengas itu, Najib seharusnya mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memimpin Umno pada 2004. - Malaysiakini
loading...
loading...

0 Response to "Saya Tak Campur Hal Umno Lepas Berundur - Najib"

Catat Ulasan