SinarHairan

#KEHILANGAN ~ Pencipta animasi Chibi Maruko-Chan meninggal akibat kanser

loading...
Momoko Sakura dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara.

PENCIPTA animasi Jepun 'Chibi Maruko-Chan', Momoko Sakura meninggal dunia akibat kanser payudara.

 Syarikatnya dalam kenyataan memberitahu, Momoko Sakura menghembuskan nafas terakhir pada 15 Ogos pada usia 53 tahun dan selamat dikebumikan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

 Sakura, yang memulakan kerjayanya sebagai seorang artis manga pada tahun 1984, telah menghasilkan siri Chibi Maruko-Chan dalam edisi majalah Ribbon secara bulanan pada 1986.

 Siri ini terbukti sangat popular sekitar tahun 1990 dan berjaya mendapat sambutan luar biasa sehingga kini.

 Siri animasi tersebut berjaya menebusi banyak negara termasuk rantau Asia seperti Malaysia, China, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

 Dalam pada itu, lagu tema siri pertama iaitu Odoru Ponpokorin menjadi terkenal malah terjual lebih daripada 1.73 juta unit pada tahun 1990.

 Menerusi ketua editor majalah Ribbon, pihaknya menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan tokoh animasi hebat itu. 


"Saya berasa sangat sedih atas kehilanganya yang disifatkan terlalu awal. Namun senyuman Maru-Chan dan kawan-kawannya akan terus bersinar di dalam fikiran para pembaca dari pelbagai peringkat usia. 
 "Terima kasih banyak untuk Cik Momoko Sakura," katanya dalam kenyataan di laman web majalah Ribbon. 

 Menurut laporan media tempatan, pasukan pengeluaran siri itu telah menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan siri ini. - The Japan Times/Tribune News Service
loading...
loading...

0 Response to "#KEHILANGAN ~ Pencipta animasi Chibi Maruko-Chan meninggal akibat kanser"

Catat Ulasan