loading...
SEMPORNA - Seorang suri rumah yang merupakan isteri kepada anggota polis tidak menyangka akan menjadi mangsa cabul di rumahnya kuarters polis di Semporna, kelmarin.Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 33 tahun yang merupakan anggota polis ditahan selepas didakwa mencabul isteri kepada anggota polis lain.
Suspek ditahan di rumahnya di kuarters sama beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis.
"Wanita berusia 27 tahun itu adalah peniaga makanan secara tempahan dan sebelum kejadian itu, suspek dikatakan ada menempah makanan daripada mangsa.
“Suspek datang ke rumah mangsa kira-kira jam 11 malam untuk mengambil makanan yang ditempahnya sebelum mencabul wanita itu.
“Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama dua anaknya yang sedang tidur di tingkat atas,” katanya.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata telah menerima laporan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, ketika dihubungi pemberita.
“Suspek ditahan pada hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis. Kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul” katanya. - Harian Metro
loading...
loading...
0 Response to "Polis Cabul Isteri Rakan Sekerja."
Catat Ulasan