SinarHairan

YA ALLAH..!! Kepala Zakar Kanak-kanak Terputus Semasa Berkhatan Kaedah Laser di Klinik..

loading...
Kepala Zakar Kanak-kanak Terputus Semasa Berkhatan Kaedah Laser di Klinik..


Kepala Zakar Kanak-kanak Terputus Semasa Berkhatan Kaedah Laser di Klinik.. 

Musim cuti sekolah antara urusan yang mula difikirkan oleh sebahagian ibu bapa ialah mahu mengkhatankan anak lelaki mereka.
Berkhatan bermaksud  pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. 

Berkhatan juga dipanggil dengan istilah bersunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’. 

Terdapat kaedah konvensional dan moden dalam proses berkhatan yang digunakan.

Tetapi satu tragedi telah berlaku ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang merupakan anak kepada seorang guru di Cheras apabila kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser.

Kejadian tersebut  berlaku pada 20 Disember lalu, bapanya telah membawa anaknya ke sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini untuk berkhatan pada jam 8.00 malam.




Malangnya proses berkhatan yang dilakukan oleh doktor di klinik tersebut tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.

Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor itu.

"Setakat ini siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, sekiranya didapati bersalah, doktor itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga adik yang bernasib malang itu akan cepat sembuh dan kepada pengamal perubatan yang melakukan proses berkhatan ini diharapkan lebih berhati-hati ketika menjalankan proses ini kerana ia adalah merupakan organ yang paling bernilai bagi seorang lelaki yang dikuniakan oleh Allah swt.

sumber: bharian
loading...
loading...

0 Response to "YA ALLAH..!! Kepala Zakar Kanak-kanak Terputus Semasa Berkhatan Kaedah Laser di Klinik.."

Catat Ulasan