SinarHairan

Rupanya Ada Cara Mudah Untuk Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul, Tak Payah Beli Yang Baru...

loading...
Aktiviti memblender memang cukup sering dilakukan oleh kebanyakan orang semasa memasak di dapur. Bukan itu sahaja, banyak jenis buah-buahan dan sayuran yang diblender untuk dijadikan jus dalam memenuhi keperluan tubuh. 
Rupanya Ada Cara Mudah Untuk Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul, Tak Payah Beli Yang Baru...

Bahan-bahan ini digunakan sebagai minuman untuk kesihatan tubuh, mahupun ramuan semulajadi sebagai rawatan kecantikan. Sehingga dalam mengolahnya pun juga tak lepas dari alat blender untuk menghaluskan semua bahan semulajadi tersebut. 



Bahkan kegunaan blender tidak berhenti di situ saja, banyak jenis makanan yang boleh diproses menggunakan blender termasuklah aneka rempah-rempah pun juga menjadi salah satu bahan popular yang tidak lepas dari blender dalam melembutkannya. 

Namun apabila blender sering digunakan, maka masalah yang tak boleh dielakkan iaitu mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Akhirnya aneka bahan yang dimasukkan ke dalam blender pun tak boleh dihaluskan secara maksima.




Namun perlu anda tahu, bahawa untuk mengasah mata pisau pada blender ini juga tidak sama dengan mengasah pisau dapur. Kerana dilihat dari segi bentuk pisau blender yang lebih kecil, hal tersebut tentu membuat anda merasa sukar untuk mengasahnya bukan..?



Anda pun tak perlu risau, meskipun mata pisau blender cukup kecil, ternyata ada cara  mudah dan sederhana untuk mempertajamnya kembali. Dengan begitu, blender yang sebelumnya memiliki mata pisau tumpul dapat diasah kembali. Sehingga dapat digunakan untuk menghaluskan aneka bahan dengan maksima.



Berikut cara yang perlu anda perhatikan untuk mengasah pisau blender :



Untuk mengasah mata pisau blender yang memiliki ukuran kecil dan bersudut kecil, Maka siapkan saja garam kasar atau garam tradisional yang banyak dijual di pasaran. 



Cara menggunakannya : 
Kisar saja garam kasar tersebut dalam blender sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan. Jadi ketajaman pisau blender pun lambat laun akan mula tajam kembali seperti sediakala. Ini kerana terdapatnya kristal garam yang sangat keras, akan mampu membuat pisau pada blender semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan blender. Sehingga sekarang cara ini memang cukup mudah untuk diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. 



Hasilnya, tingkat ketajaman pisau blender akan boleh terjaga dengan baik. Dan anda pun juga boleh menggunakannya untuk menghaluskan semua bahan, tanpa tergendala dengan tumpulnya pisau blender.
loading...

loading...
loading...

0 Response to "Rupanya Ada Cara Mudah Untuk Mengasah Pisau Blender Yang Tumpul, Tak Payah Beli Yang Baru..."

Catat Ulasan