loading...
Ketika manusia kini yang semakin bergantung kepada media sosial untuk mencari rezeki dan menyelesaikan tugas-tugas seharian, ramai pula penjenayah internt yang mengambil peluang menggunakan platform itu untuk mencari duit mudah dengan menipu.
Terbaru, seorang pengguna Facebook mendedahkan satu teknik terbaru seorang scammer di media sosial Facebook yang licik memancing duit dengan menggunakan kaedah penyamaran akaun.
Difahamkan, scammer tersebut membuat satu akaun palsu menyerupai seseorang yang dikenali mangsa di Facebook sebelum menjalankan kegiatannya.
Lebih mengejutkan, akaun palsu itu dikatakan turut membuat posting status, gambar dan lain-lain menyerupai pemilik akaun original.
Selepas sampai satu tahap, scammer itu akan mula memancing wang mudah dengan memberi mesej kepada target yang menyatakan kononnya dia memerlukan wang segera untuk kegunaan kecemasan.
“Assalammualaikum. Ni nak bagi tau ni, kalau ade orang inbox macam ni jangan tertipu okay? (Dia) cakap nak kene cepat, jalan jem.”
“Ni acc fake (akaun palsu) tau. Nama, gambar semua sama je. Nampak macam betul, siap update status same jugak tau. Lepas tu bile call tu. keluar suara lelaki. Lepas transfer je, dia block terus“, tulis mangsa, yang juga dipercayai seorang ejen produk.
Beserta pendedahan itu, mangsa juga turut memuat naik keratan perbualan sebagai bukti kejadian.
Keratan perbualan itu agak mengejutkan kerana scammer tersebut menggunakan bahasa seperti sayang, dan juga perkataan-perkataan manis untuk meyakinkan mangsa.
Setelah ditelusuri laman Facebook pemilik akaun original, ternyata dia juga tidak tahu menahu tentang perkara ini, malah turut berkongsi nasihat mangsa dan mengkritik tindakan scammer terbabit.
Dibahagian komen posting pemilik asal itu, rupa-rupanya ramai lagi yang sudah pun dimesej oleh akaun palsu itu bagi meminta duit.
Selain itu, scammer terbabit juga dilihat turut menggunakan beberapa akaun palsu lain untuk menipu mangsa-mangsanya.
loading...
loading...
loading...
0 Response to "“Kalau Ade Orang Inbox Macam Ni, Jangan Tertipu Okay..”, Wanita Ini Dedah Cara Terbaru Scammer Pancing Duit di Internet"
Catat Ulasan