SinarHairan

Sayu : Ibu pergi dulu sayang .. Ibu tunggal dan tunangnya maut .. anak nya cedera di langgar lari (3Gambar)

loading...
KLANG : Seorang ibu tunggal maut manakala anak lelaki tunggal nya cedera apabila motosikal yang dinaiki nya bersama tunang nya telah dilanggar lari, lebih malang lagi tunang nya juga turut temui ajal tinggal lah anak tunggal nya yatim pitu.
Kosmo melaporkan pasangan tunang maut selepas terlibat dalam satu kes langgar lari di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pelabuhan Barat menghala ke Shah Alam awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi tadi, mangsa, Arifshah Lingam Muniandy, 39, dan Nor Aishah Abdullah, 35, maut ditempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Bagaimanapun anak tunggal Nor Aishah berusia tiga tahun, Muhammad Aril Amri Mohd terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Pelabuhan Barat menghala ke Shah Alam.
"Siasatan awal pihak kita mendapati motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang sewaktu berada di lorong kanan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas beliau, anak mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
"Kami masih mengesan kenderaan yang melanggar mangsa kerana pemandu kereta tersebut masih belum membuat laporan polis," ujarnya.
Sehubugan itu, pihak polis meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Sutri Patang di nombor telefon 018-9427088,"ujarnya.
loading...
loading...

0 Response to "Sayu : Ibu pergi dulu sayang .. Ibu tunggal dan tunangnya maut .. anak nya cedera di langgar lari (3Gambar)"

Catat Ulasan