loading...
Memang diakui kemajuan teknologi menyebabkan kita makin mudah untuk menjaga anak, hanya buka kartun mereka akan senyap ada depan tv atau gadget.
Tetapi harus berwaspada, banyak kejadian tidak diingini terjadi lebih-lebih lagi gajet yang diberikan itu membolehkan anak kita akses tanpa sempadan.
Terbaca admin satu pos yang dimuat naik oleh saudara Syed Azmi di laman Facebooknya, ternyata pos berkenaan sungguh mengejutkan dan pasti membimbangkan ramai ibu bapa diluar sana.
Mana tidaknya, seorang ibu terkejut selepas memeriksa aplikasi WeChat anak perempuannya yang baru berumur 8 tahun, penuh dengan ayat-ayat dan gambar yang tidak sepatutnya dengan lelaki tidak dikenali.
Jom kita baca.
Pagi tadi.
Hijau: anak perempuannya yang berumur 8 tahun.
Putih: lelaki dewasa tidak dikenali.
Awal bulan hari itu ada seorang mak membeli anak perempuannya tab untuk dia guna dan anaknya itu telah memuat turun aplikasi wechat.
Si ibu pada Isnin lalu telah memeriksa tab anaknya itu, gambar ini bukan hanya sekadar ‘screenshot’, masih terdapat banyak ‘screenshot’ lain yang hampir sama di mana kebanyakkannya dialog lucah orang dewasa(kepada kanak-kanak).
Anak perempuannya yang berumur 8 tahun ini telah menghantar sekeping gambar aksi seks orang dewasa di mana kemudiannya mereka telah membuat panggilan suara.
Ibu yang kecewa dengan kejadian berkenaan telah menghubungi saya,
Memang merisaukan dan di banyak sudut.
Saya bertanya banyak soalan
1. Bagaimana dia di sekolah.
2. Adakah dia kenal rakan-rakannya. Di sekolah dan di rumah?
3. Adakah ini bahasa bahasa yang selalu beliau gunakan.
4. Siapakah yang muat turun app ini(WeChat)
5. Siapa yang mulakan perbualan itu? kanak-kanak ini telah di ‘add’.
*”Lepas tu.. Pandai pulak anak saya add orang lain.. Yg profail picture dia gambar porno.. Dia yang mulakan forward picture porno tersebut sebagai perbualan..😭😭😭😭😭 Mengeletar badan saya ni tengok musibah macam ni. Dia sekarang buka Group.. Sex 😭😭😭😭😭😭”
Dia baru berusia 8 tahun.
6. Saya tanya tentang adik-beradik dan latar belakang keluarga.
“Bila saya tengok kelakuan anak macam ni rasa nk pukul anak.. Geram..😤. Tapi saya tahu itu bukan jalan terbaik. Saya tak berbuat apa-apa. Saya cuma sindir dia H nak kawin ke, mama boleh kawinkan cepat.”
Perkara pertama saya minta ibu berkenaan membuat laporan kepada pihak polis. pagi tadi beliau sudah lakukan satu laporan polis.
Ada beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya ketika kami berbual.
Anak gadisnya itu perlu diambil jika hendak pulang dari satu-satu tempat, dia perlukan bantuan.
Siapa yang mengajar dia semua ini. Apa yang sedang berlaku dalam hidupnya.
Mengapa si ibu perlu berjenaka untuk kahwinkan dia?
Perlu diketahui yang kita tidak boleh mengesan nombor pada wechat. Tetapi jika GPS dihidupkan, ini adalah cara untuk ‘invite’ anak anda, kita hanya dapat melihat gambar mereka.
Anak gadis berkenaan memerlukan rawatan, tetapi latar belakang sosio-ekonomi mereka perlu diberi perhatian juga. Lokasi, jarak, pengangkutan, kemampuan dan caj. Mudah untuk bercakap, tetapi susah untuk lakukan.
Kejadian seperti ini sebenarnya tidak akan ada kesudahan, beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang tetapi situasi ini amat membimbangkan.
Jika ibunya tidak kisah, perlu pantau beliau bagi membantu memulihkan anak perempuannya.
Itu adalah cara yang terbaik yang boleh saya lakukan sekarang. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
loading...
loading...
loading...
0 Response to "Gara-Gara Beli Tab Untuk Anak Umur 8 Tahun Dan Muat Turun WeChat, Anak Umur 8 tahun Jadi Mangsa Lelaki Pedophile"
Catat Ulasan