SinarHairan

Julia Ziegler dan Johan Nikah 1 Januari Depan

loading...
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita kacukan Melayu-Jerman, Julia Ziegler mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang jurutera kimia pada 1 Januari depan. 


Memilih konsep ringkas dan santai, Julia atau nama sebenarnya, Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, bakal dinikahkan dengan jejaka yang dikenali sebagai Johan, 33, di kediaman keluarganya di Kampung Baru, di sini. 

"Perkahwinan saya tidak seperti majlis selebriti lain yang ditaja atau diadakan di hotel mewah. Saya memilih menganjurkan majlis di rumah saja. 

"Majlis ini mewakili keluarga kedua belah pihak dan hanya membabitkan jemputan," katanya. 

Kurang sebulan daripada majlis istimewa itu, Julia masih sibuk menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Selamat Malam Tan Sri arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin. 

Tidak rasa terbeban kerana menguruskan perkahwinan sendiri, Julia berkata, hampir 90 peratus persiapan sudah disediakan. Namun, Julia tidak mengelak diburu kebimbangan memikirkan hari istimewanya itu. 

"Saya berdebar, teruja, gemuruh, panik dan menggelabah. Kadang kala rasa nak muntahpun ada selain saya sukar tidur malam memikirkan majlis itu nanti," katanya yang berharap segala perancangan berjalan baik.
loading...
loading...

0 Response to "Julia Ziegler dan Johan Nikah 1 Januari Depan"

Catat Ulasan