SinarHairan

'Isterinya Tidak Dapat Melihat Setelah Melahirkan Anak, Bantulah Pasangan Rohingya Ini' - Mohd Faiz

loading...

Hari ini datang ke Hospital Sungai Petani, mahu menziarah isteri Fuzi Wani dan anak kami yang masih ditahan di wad. Isteri saya masih belum dibenarkan keluar kerana berlaku pendarahan yang banyak ketika berhempas pulas melahirkan anak semalam. Tetapi bukan itu cerita yang saya mahu khabarkan.

Tepat di hadapan katil si isteri, ada pesakit lain. Berkulit gelap dan saya sangka mereka berbangsa India. Tetapi dari segi bahasa perbualan mereka, ternyata itu bukan bahasa tamil.
1.50 petang, doktor pakar datang ke katil mereka. Saya mencuri dengar perbualan di mana si suami cuba menerangkan dalam bahasa melayu yang agak kurang fasih, tergagap-gagap. Rupa-rupanya mereka ini warga asing yang telah 10 tahun bekerja di Malaysia. Mereka warganegara Myanmar, muslim Rohingya. Agama kita.

Selesai urusan dengan doktor, tergerak hati saya untuk menghampirinya lalu saya bersalam dan bertanya khabar. Namanya Muhammad Abrar. Abrar menceritakan bahawa isterinya telah bersalin pada 6 Disember dan mereka dikurniakan zuriat lelaki yang sihat, kemerahan dan sangat comel dengan berat 2.29 kilogram.

Dalam kegembiraan menyambut anak pertama di dunia, Tuhan datangkan sekali ujian bersama. Tiada sesiapa yang pinta dan menduga, usai melahirkan, mata isterinya menjadi kabur pada 7 Disember dan pada 8 Disember, isterinya sudah tidak dapat melihat apa-apa. Ini bukan persoalan siapa dia tetapi lebih kepada, bagaimana kita mahu membantu mereka.

Hendak dikatakan buta, bimbang agak keterlaluan pula. Tetapi itulah kondisi isterinya sekarang. Matanya terbuka tetapi hanya kegelapan yang dilihatnya. Doktor juga tidak tahu apa punca isterinya menjadi begitu.

Pemeriksaan CT Scan telah dilakukan semalam yang menelan belanja RM916. Kos bersalin pula RM2,200. Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran, maklumlah mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput dengan gaji kurang dari RM1,000 katanya.
Hari ini doktor memaklumkan mereka mahu menjalankan ujian MRI. Namun memerlukan kos perubatan sebanyak RM4,000. Abrar jujur mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang sebanyak itu. Jadi saya telah bertemu dengan doktor yang bertugas dan doktor mengesahkan hal itu. Katanya, pihak hospital hanya akan menjalankan ujian MRI jika Abrar mampu untuk memberi jaminan bayaran.
Doktor juga ada mengatakan, berdasarkan hasil keputusan ujian CT Scan, kelihatan ada sesuatu di bahagian belakang otak Toyuba Katu bt Dil Muhammad (isteri Abrar). Tetapi mereka tidak tahu apakah bendanya. Oleh disebabkan itu ujian MRI perlu dilakukan segera.

Saya menarik hela nafas yang panjang. Tanpa disangka air mata mula membasahi pipi. Saya nekad mahu membantu Abrar.
Kepada rakan-rakan yang mengenali saya di dunia nyata ataupun maya, saya menyeru marilah kita membantu Abrar dan isterinya. Saya bersumpah saya tidak akan menyeleweng sumbangan anda.
Kos yang terlibat:
  • Bersalin - RM2,200
  • CT scan - RM916
  • MRI - RM4,000+
  • Kos ubatan lain - belum tahu.
Jika setiap seorang dari 200 orang memberi sumbangan RM30, kita akan memperolehi RM6,000. Ini belum termasuk kos-kos belian barang anak kecilnya. Mungkin RM30 itu sedikit bagi kita tetapi saya percaya ia satu jumlah yang besar buat Abrar dan isterinya. 

Inilah masanya rakan-rakan sekali, kita bantu Abrar. Dia muslim Rohingya, dia saudara kita dan ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dia adalah kita dan kita adalah dia. Marilah bersama-sama kita tanam benih-benih saham untuk kita ke syurga kelak. 
Kepada yang mahu membantu, terus gunakan maklumat berikut:

MAYBANK
FAIZ SUKSES ENTERPRISE 
564799121663

Jika anda tak percayakan saya, boleh terus hubungi saya  di talian Faiz : 013-2057397

Kepada yang menyumbang, tolong WhatsApp nama dan jumlah sumbangan, saya akan serahkan sendiri kepada Abrar.
Jika bukan kita siapa lagi? Jika bukan hari ini bila lagi? - Mohd Faiz

Sumber: thereporter
loading...
loading...

0 Response to "'Isterinya Tidak Dapat Melihat Setelah Melahirkan Anak, Bantulah Pasangan Rohingya Ini' - Mohd Faiz"

Catat Ulasan