loading...
Inilah Punca SEBENAR Pesawat Yang Membawa Pasukan Bola Brazil Terhempas !!! | MEDELLIN (Colombia): Juruterbang pesawat yang terhempas di pergunungan Colombia hingga mengorbankan 71 orang, sempat menghubungi menara kawalan dalam keadaan panik melaporkan pesawat kehabisan bahan api, demikian menurut rakaman yang disiarkan media Colombia semalam.“Puan, Lamia 2933 mengalami kegagalan sepenuhnya, kegagalan elektrik sepenuhnya, tanpa bahan api,” kata juruterbang Miguel Quiroga dalam rakaman itu, beberapa minit sebelum penerbangan sewa khas terhempas di luar bandar Medellin.
Nahas itu membunuh kebanyakan pemain kelab bola sepak Chapecoense Brazil dan 20 wartawan yang turut serta bersama mereka ke perlawanan akhir Copa Sudamericana, kejohanan kelab kedua terbesar di Amerika Selatan.
Rakaman itu disiarkan beberapa penyiar utama Colombia dan dipaparkan di laman web akhbar, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkannya.
Dalam rakaman berkenaan, juruterbang sebelum itu meminta keutamaan mendarat kerana “masalah bahan api.” Permintaan itu dibenarkan menara kawalan di lapangan terbang antarabangsa di Medellin.
Menara kemudian terputus hubungan dengan kapal terbang berkenaan, dan serpihan fiuslaj pesawat malang itu ditemui di lereng bukit 50 kilometer di luar bandar. – Agensi
loading...
loading...
0 Response to "Inilah Punca SEBENAR Pesawat Yang Membawa Pasukan Bola Brazil Terhempas !!!"
Catat Ulasan